Rasanya semua sudah sedia maklum akan kehebatan Seni Yoi yang ada dalam Silat Seni Gayong. Biasanya bila dah masuk bengkung Merah ke atas maka pesilat akan diajar permainan Tapak dan buah yoi.
Asal Perkataan Yoi
Ada yang mengatakan Yoi adalah langkah dan gerakkan licik untuk menipu musuh yang lebih besar, banyak dan digunakan ketika lokasi pertempuran yang agak licin,sempit dan sukar.
Sebenarnya ia adalah bahasa orang sebelah Utara yang bermaksud Pasir Jerlus. Jadi sudah tentu Seni Yoi ini mengambarkan satu ilmu meringankan badan. Bagaimana kita nak menyelamatkan diri sekiranya kita terpijak di kawasan pasir jerlus atau tanah yang mendap yang akan menyedut kita masuk kedasarnya.
Saya teringat kembali pertemuan antara saya, Cikgu Saiful Hakim France dan Cg Hj Awang Daud di rumahnya pada tahun lepas. Kunjungan itu adalah kerana Cg Saiful Hakim ingin mendengar kepastian dan penjelasan berkenaan Seni Yoi.sila rujuk blog dia di alamat http://narapatinantaboga.blogspot.com/2010/08/yoi-yang-dicari-rajawali-yang-datang.html
Dalam pertemuan itu Cg Awang Daud telah menceritakan bagaimana Seni Yoi ini memang hebat, dan ada amalannya bukan setakat belajar tapak dan buah pukul semata-mata. Dikatakan bila seseorang itu beramal dengan amalannya yang sebenar dia akan dapat melompat dengan tinggi dek kerana menguasai ilmu meringankan badan, misalnya ada orang dulu-dulu yang dikatakan beramal di dalam perigi buta, selepas tempoh tertentu, maka dia melompat keluar dengan mudah sekali.
Begitu juga cerita daripada guru saya Pak andak Majid yang mengatakan bagaimana pendekar dahulu kala ketika melawan penjajah dapat melompat dari tebing sungai sebelah sini ke tebing yang satu lagi dengan cukup mudah. Ini semua adalah Seni Yoi. Banyak yang kita dengar tentang kehebatan Mat Kilau dan Dato Bahaman yang mampu menyeberangi Sungai Semantan dengan sekelip mata sahaja. Kalau bukan ilmu Seni Yoi..apa lagi.
ADMAR selalu bercerita tentang bagaimana dua orang Pendekar bertarung diatas batang kelapa yang terapung di sungai tanpa ada yang terjatuh, walaupun pertarungan itu agak sengit dan bersenjata. Ini menunjukkan kehebatan ilmu para pendekar dahulu kala.
Amalan Seni Yoi
Sudah tentulah Seni Yoi mempunyai amalan yang khas, dan kata Pak Andak untuk beramal, anak Gayong wajib khatam alIkhlas sebagai syaratnya. dan selapas itu jika menurut firasat guru anak Gayong itu layak maka akan diperturunkan amalan itu. Semuanya terkandung dalam ilmu Hulubalang. Justeru itu kita semua dapat simpulkan bahawa Seni Yoi ini, tidak lengkap sekadar mempelajari Tapak dan Buahnya saja. Bergurulah dan carilah guru-guru lama yang mahir dalam Seni ini.
Apapun mengikut pesan kedua-dua guru saya, bila kita dah kuasai Yoi maka barulah layak mempelajari Seni Rajawali. Moga dipertemukan di lain kali.
wallahualam
Pendekar Cikgu Jebat Dan Allahyarham Pendekar Zul.
______________________________________________________________________
© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.
“Aku Dan Gayong”
www.khalifahgayong.wordpress.com
No comments:
Post a Comment