SILAT SENI GAYONG MALAYSIA DICIPTA DAN DIASASKAN OLEH ALLAHYARHAM MAHAGURU DATO' DAENG MEOR ABDUL RAHMAN BIN DAENG UDA MOHD HASHIM. PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA ADALAH SEBUAH PERTUBUHAN YANG BERDAFTAR DENGAN JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN NEGARA 22 OKTOBER 1963 (RUJUKAN 361) PADA MULANYA, DAN KEMUDIANNYA PULA DIDAFTARKAN KEPADA PESURUHANJAYA SUKAN PADA 31 JULAI 1998 (RUJUKAN PPS 0149/98)

Gurulatih Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Daerah Kuala Muda Kedah.

Gurulatih Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Daerah Kuala Muda Kedah.

Sahabat Seperjuangan :


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
~Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala~

Tauladan Melalui Kepimpinan.

Cuaca di luar sungguh panas terik. Ketika itu Sayidina Usman Bin Affan sedang berehat di rumahnya. Dari tingkap rumahnya dia melihat seorang lelaki yang sudah berumur berjalan terhoyong-hayang menutupi mukanya dari kepanasan dan debu. Sayidina Usman kehairanan. Siapakah lelaki yang sanggup berjalan di tengah panas itu sedangkan orang lain semuanya berteduh. Pasti dia sedang dalam kesusuhan. Kemudian lelaki itu kelihatan memegang seekor sapi pada tali kekangnya. Sayidina Usman memanggil lelaki yang tidak dikenali itu supaya berlindung di rumahnya dari panas yang membara. Setelah lelaki itu tiba di halaman rumahnya, Sayidina Usman terperanjat kerana rupa-rupanya dia adalah Amirul Mukminin, Khalifah Umar Al-Khattab. Sayidina Usman segera keluar dari rumahnya dan bertanya. "Engkau dari mana wahai Amirul Mukminin". Sayidina Umar menjawab, "Sebagaimana yang engkau lihat aku sedang mengheret sapi ini". "Siapakah pemiliknya?" tanya Saidina Usman dengan hairan. Sebab biasanya Sayidina Umar tidak begitu merisaukan harta bendanya. "Ini adalah kepunyaan anak-anak yatim yang telah terlepas dari kandangnya dari berlari di jalan. Aku telah mengejarnya sehingga sekarang telah pun tangkap." Sayidina Usman bertanya lagi, "Tidak adakah orang lain yang boleh melakukan pekerjaan itu tanpa engkau sendiri sebagai khalifah?" Sayidina Umar menjawab dengan tegas, "Siapakahyang bersedia menebus dosaku di hari perhitungan nanti? Mahukah orang itu memikul tanggungjawabku di hadapan Tuhan? Kekuasaan adalah amanah bukan kehormatan." Sayidina usman mencadangkan supaya khalifah berhenti berehat sebentar sementara menuggu cuaca agak redup. Namu Sayidina berkata, "Kembalilah ke rumahmu, biarlah aku selesaikan kewajipanku." Maka Khalifah Umar Al-Kattab pun meneruskan perjalanannya. Sayidina Usman hanya melihatnya pergi dengan air mata membasahi pipi. "Engkau merupakan cermin sebagaimana seharusnya menjadi kewajipan seorang pemimpin negara dan merasa berat dirasakan oleh khalifah selepasmu. Pemimpin yang beriman merasa bimbang dengan jawatan yang disandanya kerana tanggungjawabnya sungguh berat. Berbeza dengan manusia kini yang berlumba-lumba inginkan jawatan supaya dapat menggunakan kuasa dan wang yang ada padanya.

"Marilah sama-sama kita merenung diri kita". Adakah kita melakukan tanggungjawab yang telah diberikan dengan sebaiknya. Sama-samalah kita mengambil iktibar daripada kisah tersebut.

Senarai Ahli Jawatankuasa Pusat PSSGM 2012 - 2014

Yang diPertua PSSGM-
Datuk Adiwijaya Abdullah

Timbalan Yang diPertua 1-
Cikgu Mohd Faid Musa

Timbalan Yang diPertua 2-
Datin Feridah Abu Johan

Naib Yang diPertua 1-
Cikgu Sazali Dato Meor Rahman

Naib Yang diPertua 2
Cikgu Anuar Abd Hamid

Naib Yang diPertua 3-
Cikgu Rasul


BARISAN AJK 2012 - 2014
Ckgu Rahim Masrom
(Pahang)
Cikgu Shahsuzanni Abu Bakar
(Perlis)
Cikgu Tengku Aminudin
(N.9)
Cikgu Raja Zulkifli Raja Abu Bakar
(Penang)
Ckgu Mat Isa Mustafa
(Kedah)
Cikgu Razani Hassan
(Kelantan)
Cikgu Abd Aziz Hj Othman PJK
(Selangor)
Cikgu Mohd Nor Abdul Samad
(Johor)
Mas Shariffah Mismat
(Perak).
Cikgu Haji Sani Morni
(KL)

Ahli Jawatan Kuasa Negeri Kedah Darul Aman.

SENARAI JAWATANKUASA TERTINGGI PSSGM NEGERI KEDAH 2010/2011

YANG DIPERTUA
DATO ADIWIJAYA BIN HJ ABDULLAH

TIMBALAN YANG DIPERTUA
EN. MD ISA BIN MUSTAFFA

NAIB YANG DIPERTUA I
EN. MOHD IZUAN BIN AZMI

NAIB YANG DIPERTUA II
EN. KASSIM BIN AWANG

SETIAUSAHA
EN. AZMAN BIN AHMAD

BENDAHARI
EN HAJAZI BIN HANAPI

Alamat Ibu Pejabat PSSGM Pusat :

Lot 119 Tingkat 2,
Putri Park Plaza,
Taman Putri, Jalan 28,
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan.

Telefon Pejabat : 03 - 4295 8767
No Fax : 03 - 4295 5800

Di sebalik Lambang Gayong

Lambang atau logo Silat Gayong diilhamkan oleh Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman dan telah dilukis oleh Pendita Za'ba di Singapura. Lambang yang menjadi lencana atau terpapar pada dokumen rasmi dan sijil Silat Gayong mempunyai makna dan pengertian tertentu.

BULAN DAN BINTANG
Melambangkan agama Islam dan syiarnya berada di puncak dunia. Silat Gayong meletakkan agama di tempat yang paling tinggi sebagai penyuluh hidup. Ia juga melambangkan agama Islam menjadi teras perguruan persilatan ini.

BUMI
Menunjukkan bahawa Silat Seni gayong akan berkembang ke seluruh dunia khasnya untuk semua muslim.

BEJANA AIR
Simbolik kepada universaliti ilmu Silat Seni Gayong. Apa yang didapati atau dilihat pada senibela diri lain samada tempatan atau luar negeri telah wujud dalam Silat Seni Gayong. Silat Seni Gayong ialah ilmu persilatan asli yang tidak diciplak dan boleh ditimba sentiasa umpama air yang tidak akan putus. Ia juga melambangkan kesatuan hati dan bulat kata kerana sepakat. Bak kata pepatah Melayu, “ Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana sepakat ”. Murid Gayong mestilah berpadu untuk menegakkan yang hak.

HARIMAU
Melambangkan keberanian dan kepahlawanan di darat. Ia menonjolkan identiti atau corak pelajaran Silat Seni Gayong yang diasas dari sifat dan ketangkasan seekor harimau. Resam harimau menyembunyikan kukunya, di kala tertentu sahaja ia akan menzahirkan kekuatan dan ketajaman cengkaman kukunya yang boleh mematah dan membunuh mangsanya dalam beberapa saat sahaja.

NAGA
Menunjukkan bahawa Silat Seni Gayong bukan sahaja boleh diguna di darat, bahkan juga di dalam air. Logo naga ini dipercayai telah dihadiahkan oleh Maharaja China kepada Allahyarham Dato’ Laksamana Hang Tuah atas keberanian dan kehandalannya semasa melawat negeri China dahulu. Naga juga merupakan simbol yang berkaitan dengan proses kelahiran Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman sendiri. Kedudukan naga yang melingkungi dunia di mana kepalanya hampir bercantum dengan ekor melambangkan ilmu Silat Seni Gayong akan terkenal ke seluruh dunia.

KERIS BERSILANG
Simbolik kepada semangat Laksamana terbilang melayu, Hang Tuah dan Hang Jebat. Hang Jebat mati sewaktu menjadi Laksamana. Jawatan Laksamana tidak diambil semula oleh Hang Tuah selepas kematian Hang Jebat. Keris dalam lambang tersebut adalah keris Tamingsari yang pernah digunakan oleh kedua-dua laksamana tersebut. Keris yang merupakan salah satu pelajaran yang diajar kepada murid Gayong adalah satu lambang senjata asli bangsa Melayu. Ini membuktikan Silat Seni Gayong adalah silat melayu seni warisan bangsa yang asli dan tulen.

PEDANG BERMATA DUA
Melambangkan pedang Zulfakar kepunyaan Saidina Ali r.a. yang terukir kalimah suci dari Al – Quran bermaksud "Kemenangan daripada Allah dan kejayaan yang hampir" di sepanjang mata pedang tersebut. Ia bertujuan mengenang kembali perjuangan para sahabat menegakkan Islam di zaman Jahilliyah.

HITAM CULA VII
Melambangkan Bengkung Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti Gangga Negara, bengkong peribadi Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman bin Tengku Daeng Uda Mohd Hashim, Mahaguru Silat Seni Gayong. Di sebalik lambang tersebut, ia bermaksud Silat Seni Gayong bersendikan adat, adatlah yang mengawasi perjalanan Silat Seni Gayong. Tanpa adat, Silat Seni Gayong akan hilang kedaulatan. Oleh itu, menjadi kewajipan semua murid Gayong untuk mempertahankan adat agar hala tuju dan matlamat Silat Seni Gayong tidak diselewenegkan.



Bendera Rasmi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.

Bendera Rasmi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.
Empat Warna Melambang Kesempurnaan. Anak- Anak Gayong Membawa Panji Kesaktrian. Panji Di Kibar Melambang Kegagahan. Pantang Menyerah Walau Nyawa Terkorban.

Erti di Sebalik Warna Rasmi Gayong

PUTIH
(Suci/Bersih)

Disebalik pakaian serba hitam berserta darjat dan pangkat yang diterima ,ia sebenarnya hanyalah kulit untuk memperbezakan kedudokkan tetapi hakikat yang sebenarnya adalah jiwa(yang tersembunyi) yang suci dan bersih memperjuangkan semata2 kerana amanah dan tanggung-jawab yang harus dipikul.

Bukan untuk kemegahan dan kebanggaan yang perlu ditayang-tayang maka timbul penyakit sombong, bongkak dan angkuh.Maka banyak yang tewas dipertengahan jalan kerana sikap yang burok dan jelek ini.

'Hitam adalah bayang-bayang yang didedahkan dan terhijab kapada yang suci dan bersih……… dan putih adalah satu perbendaharaan yang berselindung disebalik bayang-bayang. Jadi,pendedahan tidak semestinya satu kejayaan dan kemenangan. Dan yang tersembunyi bukan bererti ia dalam kegelapan.Demi kebenaran dan ketulinan sesuatu Ilmu,ia harus diperjuangkan melalui pengabdian dan pengorbanan,bukan untuk meraih kemenangan dan kejayaan peribadi……..sebab ia terlalu luas untuk dicapai dalam masa yang singkat.'


HIJAU
(Agama)

SYARAT2 UNTUK MENJADI AHLI GAYONG:-

Tiada pantang larang dalam Ilmu SSG.
Hukum Agama sebagai panduan.
Lakukan apa yang diperintah, dan tinggalkan perkara2 yang ditegah.

IKRAR AHLI GAYONG:-

Bahwa sanya aku (nama pesilat)Mengaku taat setia menjadi murid Silat Seni Gayong dan menjadi ahli Gayong. Aku mengaku taat setia kapada Allah dan Baginda Rasul Allah s.a.w. Aku mengaku taat setia kapada Mahaguru Silat Seni Gayong dan juga wakil-wakilnya.

Aku mengaku taat setia kapada Ibu dan Ayah ku sendiri dan juga ahli sekeluarga dengan ku.

Bahwasanya aku mengaku taat setia kapada yang berhurmat President dan juga Kerajaan Negri.

Ya Allah,tunjukan aku kejalan yg benar,jauhi diriku dari jalan yg salah.
Ya Allah,murahkan rezekiku,jauhi diriku dari mala-petaka jin dan iblis dan juga ma'nusia yg niat khianat keatas diriku dan negaraku.

Inilah ikrar taat setia kapada negaraku.
Amin,Amin,Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Lafaz menerima ijazah : 'Aku terima ijazah daripada Mahaguru dengan berkat sufaat Baginda Rasul Allah s.a.w.'

'Jangan sekali-kali derhaka kapada kedua IbuBapa dan Guru…. ……..Ibarat berdosa kapada Allah dan derhaka kapada Muhammad'

MERAH
(Darah Pahlawan/Berani)

Berani kerana benar dan perjuangkan kerana kebenaran.
Jauhi sikap-sikap sombong dan bongkak,angkuh,riak dan takabur serta darah yang bergelombang dengan hawa-nafsu rakus dan sarakah kerana kedudukan dan pangkat. Wabak yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan wabak yang tidak ada ubatnya melainkan kesedaran diri sendiri.

Inilah penyakit yang tidak bolih dirasai yang berselindung disebalik jasad yang hanya memandang pada keindahan sahaja. Engkar dengan pegangan sabagai pejuang dan takut pada pengurbanan. Apabila sudah menerima kedudukan dan pangkat,akan menjadi TUAN dan menolak fahaman yang berunsur pengabdian.

"YANG BENAR ITU INDAH……….NAMUN YANG INDAH TIDAK SEMUA-NYA BENAR!".

KEKUATAN tidak akan dapat mengatasi KEBENARAN sebab kedua-duanya hak Allah dan penentuan Allah.

Sebaik-baik senjata adalah senjata yang dapat melenturkan dan menewaskan musoh tanpa pergaduhan dan peperangan iaitu kata-kata hikmah-bijak berkata-kata dengan perlaksanaan yang seimbang maka terbentuklah insan 'bijak laksana' dengan akhlak kerendahan-diri yang mulia.

"Kata-kata yang berhikmah lebih hebat dari keris yang berbisa"

KUNING
(Berdaulat)

Sejarah sudah menentukan!.
Perjuangan bermula dari anak2 Raja Bugis yang bernama Daeng Marewah Ibni Daeng Relaga Tandriburang (Kelana Jaya Putera),Yang DiPertuan Muda I- Memerintah Riau,Lingga,Johor dan Pahang pada tahun 1722 hingga 1728. Daeng Celak Ibni Daeng Relaga Tandriburang, Yang DiPertuan Muda II-Memerintah Riau,Lingga,Johor dan Pahang pada tahun 1728 hingga 1745.

Memperjuangkan dan menyebar Agama Islam di-kepulauan Riau dan menentang pencerobohan.Maka dari itu perlaksanaan Adat-Istiadat yang sudah sedia-ada bermula berkurun2 lamanya. Cukup dengan Tata-Susila dan Tata-Keramanya yang amat tinggi.

'Adat menentukan budi-pekerti yang luhur,tutur-bahasa dan budi-bicara yang penuh kesopanan, berserta pelaksanaan yang cukup tertib…………………… …………………….Persilatan tanpa Adat-Istiadat umpama pohon yang tiada berakar'

HITAM
(Bayang-Bayang/Rahsia)

Apa ertinya Adat-Istiadat Perlimau Tapak dan mengapa harus melalui upacara ini untuk menjadi ahli Silat Seni Gayong? .

Amanah Al-Marhum Dato' Meor Abdul Rahman:-

"Barangsiapa yang tidak menjalani Adat-Istiadat Perlimau Tapak Silat Seni Gayong, ia tidak bolih di-iktirafkan sebagai murid Gayong dan sama-sekali tidak sah mengaku dirinya ahli Gayong"

'Setiap bayang-bayang bergerak mengikut ampunya bayang-bayang, tidak akan dapat mengenal sesuatu rahsia jika tidak kenal ampunya rahsia'

Lagu Rasmi Gayong

Lagu Rasmi Gayong

Wednesday, December 26, 2012

YDP PSSGM Kebangsaan Di Dalam Akhbar Sinar Harian



YDP PPSGM Kebangsaan Dato' Guru Adiwijaya Bin Haji Abdullah.

Pertubuhan Silat nafi sebar berita palsu rusuhan kaum

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) tidak terbabit  dalam penyebaran berita palsu rusuhan kaum di Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Adiwijaya Abdullah berkata, pihaknya tidak pernah campur tangan dalam isu itu dan meletakkan kepercayaan kepada kewibawaan pihak berkuasa menangani kes itu.

Menurutnya, beliau tidak mahu ada pihak cuba mengaitkan PSSGM dengan insiden tersebut dan percaya tiada ahli pertubuhan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pergaduhan itu.

“Bagaimanapun, saya tidak teragak-agak bertindak tegas jika ada ahli terbabit rusuhan di Sungai Petani itu,” katanya.

Adiwijaya menasihati ahlinya agar tidak terlibat dalam sebarang penulisan yang tidak bertanggungjawab, termasuk dalam laman sosial kerana boleh menimbulkan keresahan.

Beliau memuji polis dan pihak berkuasa kerana berjaya mengawal ketenteraman awam di Sungai Petani dalam perkara itu.

“Biarlah kes tersebut disiasat polis dan diharap tiada campur tangan pihak luar yang boleh merumitkan lagi keadaan,” katanya.

Sementara itu, Adiwijaya memberitahu PSSGM akan mengadakan upacara Penyampaian Sandang kepada Ketua Umno Bahagian Merbok merangkap Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Merbok, Datuk Mohd Tajul Urus Mat Zain, pada 29 Disember ini di Sungai Petani.

Wednesday, December 5, 2012

Kursus Seni Parang Panjang Peringkat Kebangsaan.


Cikgu Mohd Fairos bersemangat sehinggakan pakaiannya habis diselaputi dengan lupur. 


Team PSSGM Daerah Kuala Muda bergambar kenangan selepas dari sesi latihan.


Baik punya posing.....


   Ini merupakan wakil dari Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Daerah Kuala Muda yang terdiri dari Pem. Jurulatih Cik Nurul dari kiri, di tengah Cikgu Firman yang ditengah dan yang dikanan sekali tidak lain dan tidak bukan Cikgu Fairos Othman selaku Gurulatih PSSGM Daerah Kuala Muda. 

   Kursus ini dengan jayanya diadakan pada 22.November.2012 sehingga 24.November.2012 bertempat di Kuala Nerang Kedah. Ini merupaka salah sau program yang telah diatur oleh pihak PSSGM Pusat dibawah Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan iaitu Yang Bahagia Dato' Guru Adiwijaya Bin Haji Abdullah. Kursus Seni Parang Panjang ini juga telah dihadir oleh Gurulatih-Gurulatih dari seluruh Malaysia. Dan yang bestnya, ia diajar sendiri oleh Cikgu Adiwijaya. 

kata-kata dari Cikgu Fairos. " Wei makan sampai pecah perut... Sehari 6 kali makan.. Makan sampai tak larat nak makan.... Hahahahahahaha.."

" SEMOGA LAIN KALI KITA BERJUMPA LAGI YA... "

Thursday, November 1, 2012

Koleksi Gambar Bersempena Majlis Ujian Kenaikan Benkong 2012 Peringat Daerah Kuala Muda.












Assalammulaikum wbt,

Dengan izin Allah dapat jua kami dari pihak Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Daerah Kuala Muda yang dipimpin oleh Guru Kassim Bin Awang selaku Pengerusi Daerah dengan jayanya mengadakan majlis ujian kenaikan bengkong bagi peringkat daerah. Julung-julung kalinya, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mohammad Jiwa menjadi tuan rumah. Majlis ini telah dilansungkan pada 6.Oktober.2012 bersamaan dengan hari Sabtu bermula dari jam 7.30 pagi sehingga jam 5.00 petang. Diantara tetamu VIP yang hadir adalah Yang Di-Pertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan   dan merangkap Pengerusi PSSGM Negeri Kedah Yang Berbahagia Dato' Guru Adiwijaya Bin Haji Abdullah. Turut mengeringgi beliau adalah Tuan Guru Mat Isa selaku Pengerusi PSSGM Kegurulatihan Negeri Kedah dan Setiausaha Agong Negeri Kedah iaitu Tuan Guru Azman.

Didalam perancangan oleh pihak Pentadbiran PSSGM Daerah, majlis penyampai bengkong akan diadakan pada 29.Disember.2012 bersamaan dengan hari Sabtu bertempat di Padang Awam Taman Bandar Baru Sungai Lalang. Turut akan diadakan Majlis Adat Istiadat pada malam 28.Disember.2012.

Kami dari anak-anak gayong PSSGM Daerah berharap segala apa yang dirancangan akan dimakbul dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Dan kami juga amat berharap majlis hujung tahun ini akan diadakan dengan gilang gemilang sekali. Berkemungkinan pihak PSSGM Daerah akan menjemput wakil dari PSSGM Pulau Pinang dan Perlis. Turut serta adalah anak-anak gayong negeri Kedah. Jumpa kita dipuncak nanti.. ZATTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, October 1, 2012

UJIAN KENAIKKAN BENGKUNG

ASSALAMUALAIKUM...ALHAMDULILLAH....sekali lagi dapat saya teruskan catatan aktiviti PSSGM Daerah Kuala Muda...pada 6 Oktober 2012 hari Sabtu jawatankuasa PSSGM daerah akan mengadakan satu aktiviti kenaikan bengkung pesilat-pesilat sekitar Daerah Kuala Muda..Ujian ini akan diadakan di Sekolah Menengah Sains Sultan Muhammad Jiwa pada jam 8.00pagi..Ujian ini diadakan untuk memberi perhargaan kepada pesilat-pesilat yang telah lulus menjalani ujian selama ini...Aktiviti ini akan menggalakkan lagi dan memberi semangat kepada pesilat-pesilat untuk terus maju dalam memperkembangkan ilmu gayong ke seluruh pelusuk dunia..Ujian ini akan diperhatikan oleh Ketua Gurulatih Negeri Kedah iaitu Cikgu Mat Isa..Kami seluruh jawatankuasa berharap pesilat-pesilat dapat memberi yang terbaik semasa ujian nanti...wasalam dari saya...

Thursday, August 23, 2012

Perutusan Salam Lembaran Dari PSSGM Daerah Kuala Muda Kedah

Assalammualaikum wbt.



Salam lembaran dari kami pihak Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Daerah Kuala Muda Kedah Darul Aman. Salam Eidul Fitri Maaf zahir dan batin kami pohonkan. Semoga Allah merahmati para pembaca laman blog ini.

Allahuakbar....Allahuakbar....Allahuakbar..

Saturday, July 28, 2012

MENSYUARAT JAWATAN KUASA PSSGM DAERAH KUALA MUDA

Assalamualaikum..pada 28 Julai 2012 pada pukul 11.00 mlm AJK PSSGM Daerah Kuala Muda yg dipengurikan oleh Cikgu Kassim@abah bersama AJK daerah telah mengadakan satu mensyuarat tergempar bagi menetapkan satu tarikh rasmi bg ujian kenaikan bengkung. Pada awalnya ujian bengkung dirancang diadakan pada 15 September 2012 dan telah ditunda dengan sebulat suara pada 29 Julai 2012 Hari Sabtu. Oleh yang demikian PSSGM Kuala Muda meminta agar semua anak-anak gayong Kuala Muda bersiap sedia bg menghadapi ujian ini. Sekian.

Saturday, July 14, 2012

HIMPUNAN ANAK-ANAK PSSGM PADANG TERAP BERSAMA PSSGM NEGERI KEDAH

Assalamualaikum kepada semua pengunjung BLOG PSSGM KUALA MUDA. Alhamdulillah sekali lagi saya dapat berkongsi perjalanan aktiviti-aktiviti anak2 gayong kuala muda. Pada 14 Julai 2012 hari Sabtu PSSGM KUALA MUDA dijemput untuk membuat persembahan jemputan di Majlis Himpuanan Anak-anak gayong Daerah Padang Terap. Seramai 30 orang anak2 gayong Kuala Muda telah menyertainya. Alhamdulillah segala perjalan dapat dijayakan walaupun C. Fairus kita mengalami sedikit kecederaan ringan. Gayong Kuala Muda telah membuat persembahan dengan jayanya seperti pentas parang vs rantai , pentas rotan dan pentas pisau juga persembahan istimewa pecah botol , pecah kelapa dan pecah genting.Terima Kasih PSSGM Padang Terap kerana telah menjemput PSSGM Kuala Muda. Terima kasih juga kepada C. Kassim@abah , C. Fauzi , C. Fairus , C. Ridzwan dan ahli2 gayong Kuala Muda. Majlis ini juga dihadiri tetamu kehormat seperti Ketua Pemuda UMNO negeri Kedah. Turut menyerikan Majlis ini pewaris amanah PSSGM Dato Adiwijaya , C. Mustafa Kamal dan C. Kahar Reza.


Bergaya dengan baju koprat PSSGM KUALA MUDA


Cikgu Kassim@abah sedang memberi taklimat pada anak2 gayong Kuala Muda sebelum membuat persembahan


Anak2 gayong kusyuk mendengat taklimat dari Cikgu Kassim@abah


C. Ridzwan Ramli senyum kepada seseorang. C. Fairus sedang mendengar sesuatu.


C. Kassim sedang menyusun sesuatu kelihatan C. Fairus memberi cadangan.


C. Ridzwan sedang menunjukan cara pecah botol kepada saudara Redza dan saudara Amy sebelum persembahan.


Pendekar-pendekar PSSGM Kuala muda segak bergaya


Anak-anak gayong bersama barisan Gurulatih bergambar sebelum bermulanya persembahan. Kelihatan segak bergaya dengan pakaian rasmi GAYONG.


Sebelum memulakan persembahan didahului dgn bacaan membuka tapak yg dipimpin oleh C. ridzwan Ramli


Gaya tersendiri dari pasangan rotan saudara syaban dan saudara zamir


C. Fairus dan Saudara Redza sempat bergaya didepan kamera.


Saudara Amy Cangkoi bersama Isteri tercinta. Isteri memberi semangat kepada suami untuk membuat persembahan.


Bersiap sedia menerima arahan untuk membuat persembahan


Persembahan istimewa oleh C. Yet dan C. Suhaila. Kelihatan Panglima Hitam C. Mat Isa menjadi pelepas.


C. Fairus sedang melihat anak2 gayong Kuala muda membuat persembahan pentas.


 GARANGG......C. Fairus dalam aksi memecah genting. Saudara Redza dan saudara Amy bersiap sedia untuk memecah botol.


3OG gayong Kuala Muda.(3B-3 orang besar)


Persembahan dari anak-anak gayong Padang Terap


Tetamu-tetamu VIP dan ahli2 waris beradat..















Tuesday, May 8, 2012

Kursus Di Kuala Nerang Kedah.

Assalammualaikum kepada semua pengunjung-pengunjung laman blog ini. AlhamduLILLAH, memanjat kesyukuran ke hadrat ALLAH Pencipta segala gerak di muka bumi, dengan hanya Kun dariNYA maka Fayakun segala kehendakNYA. ALLAHu.


Gambar Hiasan : Peta Negeri Kedah Darul Aman ( Jelapang Padi)

 Suka dimaklumkan disini, Majlis Gurulatih Negeri Kedah Darul Aman yang diketuai oleh Tuan Guru Dato' Adiwijaya Bin Haji Abdullah telah bersetuju untuk mengadakan BENGKEL / KURSUS GURULATIH pada 16.Mei.2012 sehingga 18.Mei.2012 bertempat di Kuala Nerang Kedah. Kursus ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi perhubungan diantara anak-anak gayong di Negeri Kedah. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Setiausaha Negeri Kedah iaitu Cikgu Azman atau boleh juga berhubung dengan Setiausaha Daerah masing-masing. Harap maklum.


Semoga Allah memudahkan segala urusan kita.


Friday, April 6, 2012

Zikir Asma' Al-Husna : Al-Fattaah


Allah Taala Maha Membukakan hati manusia untuk kebaikan dan juga Dia membukakan perbendaharaan rahmat-Nya untuk seluruh hambaNya, terutama hamba-hamba yang taat dan bertaqwa kepada-Nya.

Dzikirnya ialah : Ya Fattaah

Diantara Fadhilatnya ialah :
1. Barangsiapa yang mengucapkan sebanyak 71 kali setiap selesai menunaikan solat fardhu, sementara kedua-dua tangan diletakkan diatas dadanya, insyallah hatinya akan bersih dan dimudahkan segala urusannya dan diluputkan perasaan cinta dunia dari dalam hatinya.

2. Barangsiapa yang mewiridkan dzikir ini, insyallah akan terbuka hatinya dan dia akan diberikan kemenangan oleh Allah dalam menghadapi musuhnya, zahir dan batin.

Monday, April 2, 2012

Lawatan Ke Gelanggang Pusat PSSGM & Serantau


Lawatan dari Anak-Anak Gayong PSSGM Daerah Kuala Muda yang diketuai oleh Guru Kassim.

Satu lawatan telah diadakan oleh anak-anak gayong negeri Kedah pada 25.Mac.2012 yang diketuai oleh Yang Bahagia Dato' Guru Adiwijaya Bin Haji Abdullah ke Air Kuning Perak. Rombangan yang turut serta pada kali ini adalah dari PSSGM Daerah Kuala Muda. Turut dilawati oleh rombongan pada kali ini adalah pusara ADMAR dan pusara Allahyarhamah Cikgu Siti Kalsom. Satu program gotong royong membersih pusara telah diadakan.

Semoga Kita Terus Mendukung Perjuangan Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman.

Friday, March 23, 2012

Amanat Syeikh Ahmad Yasin Kepada Pemuda dan Pemudi


Al - Syahid Syeikh Ahmad Yasin

Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mu1ia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw. Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung. Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggungjawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda. Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat. Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian. Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar. Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.

Thursday, March 22, 2012

Kopi' O Dengan Biskut Kepala Lutut.

Assalammualaikum wbt.

Gayong Bercantum....Gayong Bercantum.....Gayong Bercantum....Bersatu padu....Mengingat Junjungan Empunya Seru....Sama Sendiri Bantu Membantu.....

Bagi penulis, biarlah kita duduk dahulu dengan rumah masing-masing. Bukan tidak mahu bercantum atau bergabung kembali. Tetapi hakikatnya memang agak sukar untuk kita bercantum didalam keadaan sekarang ni. Bukan tiada usaha untuk bercantum. Bagi pandangan penulis yang hina dan daif ini, kebanyakan atau majoriti anak-anak gayong yang dibawah ini tiada masalah pun dengan mana-mana pertubuahan silat seni gayong, tetapi yang menjadi masalahnya adalah pihak atasan yang masing-masing mempunyai sejarah tersendiri yang menyebabkan mereka tidak bersetuju untuk bercantum. Jika hendak diolahkan disini terlalu panjang lebar.

Buanglah ego masing-masing.
Sebarkanlah sejarah yang sebenar.
Jangan direka cipta sejarah. Jangan diracuni anak-anak gayong dengan sejarah temberang.
Adat Silat Seni Gayong sudah tidak dituruti.
Banyak yang sudah dilanggari dan dicipta dengan akal sendiri.
Negara kita demokrasi......Jangan dihalang anak-anak gayong untuk bersiasi dengan haluan yang mereka setujui.
Jangan jadi REJEM KUKU BESI....
Jika benar kita ikuti cara DEMOKRASI.

' Jadilah Al-Quran Dan Al-Sunnah Sebagai Rujukan Dan Panduan Kita Supaya Maju Berjaya".


Wednesday, February 22, 2012

Agenda 2012 PSSGM Daerah Kuala Muda ( Mandi Minyak )

Salamun alaik'.......

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.... Syukur kepada Allah kerana sekali lagi kita dapat menghirup udara segar yang dikurniakan oleh Allah kepada kita si hamba Allah. Setiap yang hidup sudah pasti wajib tunduk dan patuh kepada Allah akan segala yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang. Didalam kita menjalani ibadah harian, silat juga merupakan tuntutan Islam keatas hambanya. Mempelajari seni mempertahankan diri merupakan salah satu sunnah Rusullah S.A.W. Maka kita sebagai umat Islam semestinya mempelajari seni mempertahankan diri seperti yang disarankan oleh Rusulluh S.A.W Insyallah. Sama-sama kita menjunjung tinggi sunnah Rusullah S.A.W. Moga-moga kita mendapat syafaat dari kita mengamal sunnahnya.

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Daerah Kuala Muda didalam perancangan akan mengadakan Majlis Mandi Minyak peringkat Daerah Kuala Muda. Didalam perancangan asal majlis tersebut akan diadakan pada pertengahan tahun 2012. Agenda ini telah pun dibincangkan oleh ahli jawatankuasa daerah pada tahun lepas. Memandangakan majlis mandi minyak sudah lama tidak diadakan. Dahulunya Dalang Mandi Minyak adalah Allahyarham Guru Shuib Bin Husin. Semenjak pemergian beliau, tiada lagi majlis mandi minyak diadakan didaerah Kuala Muda. Maka dengan itu, PSSGM Daerah cuba mengatur satu majlis mandi minyak pada tahun 2012. Ini juga merupakan aktiviti tahunan yang diatur bertujuan untuk meraikan anak-anak gayong yang tidak pernah mengalami mandi minyak.

Pihak PSSGM Daearah Kuala Muda tidak lagi menetapkan siapakah yang akan menjadi dalang mandi minyak. Insyallah YDP PSSGM Daerah Kuala Muda iaitu Tuan Guru Kassim Bin Awang akan mengumunkan didalam masa terdekat ini. Kami dari anak-anak gayong Daerah Kuala Muda memohon kepada Allah S.W.T agar memudahkan cara, memberi keberkatan akan majlis ini. Sama-samalah kita mendoakan agar majlis dapat diadakan seperti didalam perancangan.

Mandi Minyak Banyak Khasiatnya,
Mohon Agar Badan Bertahan Lama,
Adat Dan Adab Disusuli Hendaknya,
Agar Seni Gayong Tidak Hilang Di Dunia.

Friday, February 17, 2012

Gayong Perdana Sedunia & Sambutan Jubli Emas 50 Tahun.


Pendaftaran Gayong

Pada awal tahun 1959, Dato' Meor Abdul Rahman telah mendaftarkan Sekolah Gayong Woodlands sebagai sebuah institusi yang mengeluarkan sijil dan diploma kepada peserta yang lulus kursus yang dianjurkan. Sekolah ini menjalankan aktivitinya di No. 13-A, Lorong Fatimah, Woodlands, Singapura.

Tidak beberapa lama kemudian, Y.A. Bhg. Dato' Onn selaku Waris Beradat dan Penasihat Agung Silat Seni Gayong telah mengusulkan kepada Dato' Meor Abdul Rahman agar mendaftarkan Silat Seni Gayong sebagai sebuah pertubuhan. Ini kerana Dato' Onn melihat pergerakan Silat Seni Gayong atas landasan perniagaan tidak mampu mencapai maksud dan matlamat perjuangan Silat Seni Gayong.

Syor Dato' Onn dipersetujui oleh Dato' Meor Abdul Rahman dan disokong kuat oleh YAM Tengku Laksamana Kedah, Tunku Kassim ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halimshah. Dalam tahun 1959, permohonan untuk menubuhkan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaya dikemukakan.

Malangnya, pendaftaran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaya telah ditolak oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Ini kerana menurut satu sumber, YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj bimbang jika sekiranya Dato' Onn dan Tunku Kassim menggunakan platfom Pertubuhan silat Seni Gayong Malaya bagi tujuan politik dan menjadi ancaman kepada UMNO.

Seterusnya dalam tahun 1962, Dato' Onn mencadangkan agar permohonan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaya dimajukan semula dengan memasukkan beberapa pindaan dalam perlembagaannya. Pindaan itu bertujuan mengasingkan pergerakan Silat Seni Gayong daripada parti siasah dan mengkhususkannya kepada kegiatan sukan dan sosial.

Pada 22 haribulan Oktober 1963, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaya diluluskan dengan pindaan memasukkan perkataan Malaysia. Nombor pendaftarannya ialah 361/63 Johor Baharu dan merupakan pertubuhan senibela diri pertama berdaftar di Malaysia.

Dalam tahun 1976, murid Gayong dianggarkan seramai 500,000 orang di seluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia. Pada dekad ini, Silat Seni Gayong bukan sahaja telah diterima oleh masyarakat kampung, bandar, sekolah dan universiti malah memasuki pasukan polis, tentera dan istana.

Di bawah pendaftaran Akta Pertubuhan 1964, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia sehingga tahun 1997 mempunyai cawangan dan bahagian di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia. Di luar negara juga, Silat Seni Gayong mendapat sambutan di mana ia mempunyai gelanggang antaranya di Australia, Mesir, Iraq, Perancis dan Amerika Syarikat. Keahlian murid Silat Seni Gayong di Malaysia sahaja pada masa ini dipercayai melebihi angka 700,000.


Koleksi Gambar Sempena Gayong Perdana Antarabangsa & Sambutan Jubli Emas 50

Yang Bahagia Dato' Guru Adiwijaya Bin Haji Abdullah selaku Presiden Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia & Serantau telah turut sama mengadakan demontarsi pemecahan bersama-sama anak-anak gayong. Untuk pengetahuan umum, beliau merupakan salah seorang jaguan pemecahan satu ketika dahulu. Anak-anak gayong amat berbesar melihat demo dari guru tua. Walau usia telah melebihi setengah abad tetapi jiwa gayong tetap utuh dan bersemangat.

"Trade Mark" Gayong. Seni Lompatan amat sinonim dengan Silat Seni Gayong. Ia menjadi acara wajib setiap kali adanya persembahan.


Penyambung dan Pewaris generasi seterusnya. Anak-anak gayong teramat ghairah sekali untuk mempersembahkan aksi-aksi yang telah diaturkan kepada mereka.

Ini merupakan sebahagian dari anak-anak gayong dari luar negara. Diantara yang hadir adalah dari USA, France, Syria, UK, Singapura, Indonesia, Thailand dan lain-lain lagi.

Guru Rosul menunjukan kehandalan membengkong besi dengan mengunakan kerongkong. Bukan mudah untuk dilakukan jika tiada kemahiran dan latihan yang betul. Bila mana Guru Tua mula menunjukan aksi si anak gayong terpaut dan memuji.

Gurulatih dari USA Joel bersama dengan Guru Mat bersama-sama bergambar kenangan dengan anak-anak gayong kampung Pulau Tengah.

Redza dengan aksi selamber. Mungkin sedang mengatakan sesuatu kepada jurugambar yang mengambil gambarnya.
Ketibaan Yang Amat Berbahagia Dato' Seri Haji Mohd najib Bin Tun Haji Abdul Razak bersama dengan Dati' Seri Paduka Rosmah Bin Mansor. YAB Perdana Menteri merupakan Iman Khalifah Agong Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.
Anak-anak yang berbakat besar. Walaupun kecil si cili api tetapi jiwa amat besar untuk terus memperjuangan warisan bangsa.
Yang Amat Berbahagia Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim merupakan tetamu VVIP. Aksi bersahaja YAB dengan kameranya.

Sang Singa Barat sedang berentap dengan Guru Tua Rasol. Aksi permainan seni keris dipersembahkan oleh mereka berdua.

"PARANG GILA" dari pasangan kembar upin dan ipin. Ganas, lincah, ngeri persembahan dari Cikgu Man Batu dan Cikgu Min. Persembahan mereka telah mendapat pujian dari YAB Perdana Menteri.

Yang Amat Berbahagia Dato' Seri Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak selaku Iman Khalifah Agong Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau sedang memberi ucapan.

Guru Ridzwan Razak ( Kumbang Hitam ) bersama dengan Cikgu Zul Sawa bergambar kenangan dengan Cikgu Fadzil dari Gelanggang Daeng Kuning Kampung Melayu Subang.

Pendita Mufti Ansari sedang melakukan aksi menghiris. Pertunjukan yang mendapat perhatian oleh anak-anak gayong yang hadir.

Pemecah buah kelapa juga merupakan "TRADE MARK" Silat Seni Gayong.

Guru Tua Rasol sedang membengkong besi. Kelihatan Cikgu Joel Champ atau dengan gelaranya Singa Barat sedang menahan nafas.

Aksi pesilat dari luar negara beraksi.

Seni Gayong telah berkembang keseluruh dunia. Aksi-aksi dari pesilat luar negara telah menunjukkan Silat telah diterima oleh bangsa barat.

Seni Kuncian sedang dipersembahkan.

Dua pemimpin besar.


Dato' Seri Ali Rustam juga merupakan tetamu VVIP yang hadir.

Panglima Pelangi Hitam dari Utara Tanah Air. Dari kanan Guru Mat Isa dari Negeri Kedah Darul Aman dan Cikgu Shah dari Negeri Perlis.


Guru Tua Sani Morni bersahaja dengan pakaian biasa. Mungkin ada sesuatu sedang diperhatiakan oleh beliau.

Pangliam Pelangi Hitam Guru Rahim sebaris dengan pimpinan-pimpinan PSSGM Daerah Kuala Muda.

Tiga Gurulatih dari Daerah Kuala Muda segak bergaya dengan pakaian adat. Dari kiri Guru Kassim, Cikgu Fauzi dan Cikgu Fairos.

Ya Allah kami bersyukur kepada Mu kerana dengan izin Mu dapat jua majlis raksasa ini dilangsungkan. Pada tanggal 10.2.2012 telah menjadi sejarah dan lembaran baru buat Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia & Serantau. Satu majlis Perdan Gayong Antarabangsa serentak dengan sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia ditubuhakan telah diadakan di Padang Awam Seremban. Dianggarkan seramai 8 ribu anak-anak gayong menyertai perhimpunan tersebut. Dari PSSGM Daerah telah menghantar 3 buah bas dan keseluruhan 14 buah bas dari PSSGM Negeri Kedah. Pelbagai aktiviti yang dilangsungkan pada hari tersebut yang melibat peserta luar negara dan dalam negara. Majlis bermula pada jam 2.30 petang.

Ngauman Bergema Di Negeri Beradat
Teriak Si Anak Gayong Melaung Semboyan
Pendekar Melayu Terus Maju Kedepan
Membela Agama, Bangsa Dan Negara.



Allahyarham Guru Tua Shuib bersama barisan pendekar GAYONG.

Allahyarham Guru Tua Shuib bersama barisan pendekar GAYONG.
Gambar kenangan ini diambil bersempena ujian kenaikan bengkong "AWAN PUTIH" dan "PELANGI HIJAU". Dari kiri Cikgu Mat, Allahyarham Guru Shuib, Guru Mail, Cikgu Fauzi dan Cikgu Fairos.

Allahyarham Guru Tua Shuib Bekas Pengerusi Beradat Kedah Darul Aman.

Allahyarham Guru Tua Shuib Bekas Pengerusi Beradat Kedah Darul Aman.
Perginya sebuah permata yang amat bernilai untuk kami iaitu Guru Tua Shuib B. Husin.Pengorbanan beliau dalam mengembangkan Seni Gayong terutama sekali di Daerah Kuala Muda tidak dapat disangkal lagi. Kebanyakan anak-anak gayong di Daerah Kuala Muda adalah dibawah asuhannya satu ketika dahulu. Seluruh hidupnya telah diabadikan dalam mengembangkan Seni Gayong. Kini Guru Tua Shuib B. Husin hanya tinggal nama. Allah terlebih dahulu memanggilnya untuk menghadap yang Maha Esa. Jasa dan pengorbanan beliau tetap kami akan kenangan dan akan meneruskan perjuangan yang telah ditinggalkan.