SILAT SENI GAYONG MALAYSIA DICIPTA DAN DIASASKAN OLEH ALLAHYARHAM MAHAGURU DATO' DAENG MEOR ABDUL RAHMAN BIN DAENG UDA MOHD HASHIM. PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA ADALAH SEBUAH PERTUBUHAN YANG BERDAFTAR DENGAN JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN NEGARA 22 OKTOBER 1963 (RUJUKAN 361) PADA MULANYA, DAN KEMUDIANNYA PULA DIDAFTARKAN KEPADA PESURUHANJAYA SUKAN PADA 31 JULAI 1998 (RUJUKAN PPS 0149/98)

Gurulatih Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Daerah Kuala Muda Kedah.

Gurulatih Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Daerah Kuala Muda Kedah.

Sahabat Seperjuangan :


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
~Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala~

Tauladan Melalui Kepimpinan.

Cuaca di luar sungguh panas terik. Ketika itu Sayidina Usman Bin Affan sedang berehat di rumahnya. Dari tingkap rumahnya dia melihat seorang lelaki yang sudah berumur berjalan terhoyong-hayang menutupi mukanya dari kepanasan dan debu. Sayidina Usman kehairanan. Siapakah lelaki yang sanggup berjalan di tengah panas itu sedangkan orang lain semuanya berteduh. Pasti dia sedang dalam kesusuhan. Kemudian lelaki itu kelihatan memegang seekor sapi pada tali kekangnya. Sayidina Usman memanggil lelaki yang tidak dikenali itu supaya berlindung di rumahnya dari panas yang membara. Setelah lelaki itu tiba di halaman rumahnya, Sayidina Usman terperanjat kerana rupa-rupanya dia adalah Amirul Mukminin, Khalifah Umar Al-Khattab. Sayidina Usman segera keluar dari rumahnya dan bertanya. "Engkau dari mana wahai Amirul Mukminin". Sayidina Umar menjawab, "Sebagaimana yang engkau lihat aku sedang mengheret sapi ini". "Siapakah pemiliknya?" tanya Saidina Usman dengan hairan. Sebab biasanya Sayidina Umar tidak begitu merisaukan harta bendanya. "Ini adalah kepunyaan anak-anak yatim yang telah terlepas dari kandangnya dari berlari di jalan. Aku telah mengejarnya sehingga sekarang telah pun tangkap." Sayidina Usman bertanya lagi, "Tidak adakah orang lain yang boleh melakukan pekerjaan itu tanpa engkau sendiri sebagai khalifah?" Sayidina Umar menjawab dengan tegas, "Siapakahyang bersedia menebus dosaku di hari perhitungan nanti? Mahukah orang itu memikul tanggungjawabku di hadapan Tuhan? Kekuasaan adalah amanah bukan kehormatan." Sayidina usman mencadangkan supaya khalifah berhenti berehat sebentar sementara menuggu cuaca agak redup. Namu Sayidina berkata, "Kembalilah ke rumahmu, biarlah aku selesaikan kewajipanku." Maka Khalifah Umar Al-Kattab pun meneruskan perjalanannya. Sayidina Usman hanya melihatnya pergi dengan air mata membasahi pipi. "Engkau merupakan cermin sebagaimana seharusnya menjadi kewajipan seorang pemimpin negara dan merasa berat dirasakan oleh khalifah selepasmu. Pemimpin yang beriman merasa bimbang dengan jawatan yang disandanya kerana tanggungjawabnya sungguh berat. Berbeza dengan manusia kini yang berlumba-lumba inginkan jawatan supaya dapat menggunakan kuasa dan wang yang ada padanya.

"Marilah sama-sama kita merenung diri kita". Adakah kita melakukan tanggungjawab yang telah diberikan dengan sebaiknya. Sama-samalah kita mengambil iktibar daripada kisah tersebut.

Senarai Ahli Jawatankuasa Pusat PSSGM 2012 - 2014

Yang diPertua PSSGM-
Datuk Adiwijaya Abdullah

Timbalan Yang diPertua 1-
Cikgu Mohd Faid Musa

Timbalan Yang diPertua 2-
Datin Feridah Abu Johan

Naib Yang diPertua 1-
Cikgu Sazali Dato Meor Rahman

Naib Yang diPertua 2
Cikgu Anuar Abd Hamid

Naib Yang diPertua 3-
Cikgu Rasul


BARISAN AJK 2012 - 2014
Ckgu Rahim Masrom
(Pahang)
Cikgu Shahsuzanni Abu Bakar
(Perlis)
Cikgu Tengku Aminudin
(N.9)
Cikgu Raja Zulkifli Raja Abu Bakar
(Penang)
Ckgu Mat Isa Mustafa
(Kedah)
Cikgu Razani Hassan
(Kelantan)
Cikgu Abd Aziz Hj Othman PJK
(Selangor)
Cikgu Mohd Nor Abdul Samad
(Johor)
Mas Shariffah Mismat
(Perak).
Cikgu Haji Sani Morni
(KL)

Ahli Jawatan Kuasa Negeri Kedah Darul Aman.

SENARAI JAWATANKUASA TERTINGGI PSSGM NEGERI KEDAH 2010/2011

YANG DIPERTUA
DATO ADIWIJAYA BIN HJ ABDULLAH

TIMBALAN YANG DIPERTUA
EN. MD ISA BIN MUSTAFFA

NAIB YANG DIPERTUA I
EN. MOHD IZUAN BIN AZMI

NAIB YANG DIPERTUA II
EN. KASSIM BIN AWANG

SETIAUSAHA
EN. AZMAN BIN AHMAD

BENDAHARI
EN HAJAZI BIN HANAPI

Alamat Ibu Pejabat PSSGM Pusat :

Lot 119 Tingkat 2,
Putri Park Plaza,
Taman Putri, Jalan 28,
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan.

Telefon Pejabat : 03 - 4295 8767
No Fax : 03 - 4295 5800

Di sebalik Lambang Gayong

Lambang atau logo Silat Gayong diilhamkan oleh Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman dan telah dilukis oleh Pendita Za'ba di Singapura. Lambang yang menjadi lencana atau terpapar pada dokumen rasmi dan sijil Silat Gayong mempunyai makna dan pengertian tertentu.

BULAN DAN BINTANG
Melambangkan agama Islam dan syiarnya berada di puncak dunia. Silat Gayong meletakkan agama di tempat yang paling tinggi sebagai penyuluh hidup. Ia juga melambangkan agama Islam menjadi teras perguruan persilatan ini.

BUMI
Menunjukkan bahawa Silat Seni gayong akan berkembang ke seluruh dunia khasnya untuk semua muslim.

BEJANA AIR
Simbolik kepada universaliti ilmu Silat Seni Gayong. Apa yang didapati atau dilihat pada senibela diri lain samada tempatan atau luar negeri telah wujud dalam Silat Seni Gayong. Silat Seni Gayong ialah ilmu persilatan asli yang tidak diciplak dan boleh ditimba sentiasa umpama air yang tidak akan putus. Ia juga melambangkan kesatuan hati dan bulat kata kerana sepakat. Bak kata pepatah Melayu, “ Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana sepakat ”. Murid Gayong mestilah berpadu untuk menegakkan yang hak.

HARIMAU
Melambangkan keberanian dan kepahlawanan di darat. Ia menonjolkan identiti atau corak pelajaran Silat Seni Gayong yang diasas dari sifat dan ketangkasan seekor harimau. Resam harimau menyembunyikan kukunya, di kala tertentu sahaja ia akan menzahirkan kekuatan dan ketajaman cengkaman kukunya yang boleh mematah dan membunuh mangsanya dalam beberapa saat sahaja.

NAGA
Menunjukkan bahawa Silat Seni Gayong bukan sahaja boleh diguna di darat, bahkan juga di dalam air. Logo naga ini dipercayai telah dihadiahkan oleh Maharaja China kepada Allahyarham Dato’ Laksamana Hang Tuah atas keberanian dan kehandalannya semasa melawat negeri China dahulu. Naga juga merupakan simbol yang berkaitan dengan proses kelahiran Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman sendiri. Kedudukan naga yang melingkungi dunia di mana kepalanya hampir bercantum dengan ekor melambangkan ilmu Silat Seni Gayong akan terkenal ke seluruh dunia.

KERIS BERSILANG
Simbolik kepada semangat Laksamana terbilang melayu, Hang Tuah dan Hang Jebat. Hang Jebat mati sewaktu menjadi Laksamana. Jawatan Laksamana tidak diambil semula oleh Hang Tuah selepas kematian Hang Jebat. Keris dalam lambang tersebut adalah keris Tamingsari yang pernah digunakan oleh kedua-dua laksamana tersebut. Keris yang merupakan salah satu pelajaran yang diajar kepada murid Gayong adalah satu lambang senjata asli bangsa Melayu. Ini membuktikan Silat Seni Gayong adalah silat melayu seni warisan bangsa yang asli dan tulen.

PEDANG BERMATA DUA
Melambangkan pedang Zulfakar kepunyaan Saidina Ali r.a. yang terukir kalimah suci dari Al – Quran bermaksud "Kemenangan daripada Allah dan kejayaan yang hampir" di sepanjang mata pedang tersebut. Ia bertujuan mengenang kembali perjuangan para sahabat menegakkan Islam di zaman Jahilliyah.

HITAM CULA VII
Melambangkan Bengkung Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti Gangga Negara, bengkong peribadi Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman bin Tengku Daeng Uda Mohd Hashim, Mahaguru Silat Seni Gayong. Di sebalik lambang tersebut, ia bermaksud Silat Seni Gayong bersendikan adat, adatlah yang mengawasi perjalanan Silat Seni Gayong. Tanpa adat, Silat Seni Gayong akan hilang kedaulatan. Oleh itu, menjadi kewajipan semua murid Gayong untuk mempertahankan adat agar hala tuju dan matlamat Silat Seni Gayong tidak diselewenegkan.



Bendera Rasmi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.

Bendera Rasmi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.
Empat Warna Melambang Kesempurnaan. Anak- Anak Gayong Membawa Panji Kesaktrian. Panji Di Kibar Melambang Kegagahan. Pantang Menyerah Walau Nyawa Terkorban.

Erti di Sebalik Warna Rasmi Gayong

PUTIH
(Suci/Bersih)

Disebalik pakaian serba hitam berserta darjat dan pangkat yang diterima ,ia sebenarnya hanyalah kulit untuk memperbezakan kedudokkan tetapi hakikat yang sebenarnya adalah jiwa(yang tersembunyi) yang suci dan bersih memperjuangkan semata2 kerana amanah dan tanggung-jawab yang harus dipikul.

Bukan untuk kemegahan dan kebanggaan yang perlu ditayang-tayang maka timbul penyakit sombong, bongkak dan angkuh.Maka banyak yang tewas dipertengahan jalan kerana sikap yang burok dan jelek ini.

'Hitam adalah bayang-bayang yang didedahkan dan terhijab kapada yang suci dan bersih……… dan putih adalah satu perbendaharaan yang berselindung disebalik bayang-bayang. Jadi,pendedahan tidak semestinya satu kejayaan dan kemenangan. Dan yang tersembunyi bukan bererti ia dalam kegelapan.Demi kebenaran dan ketulinan sesuatu Ilmu,ia harus diperjuangkan melalui pengabdian dan pengorbanan,bukan untuk meraih kemenangan dan kejayaan peribadi……..sebab ia terlalu luas untuk dicapai dalam masa yang singkat.'


HIJAU
(Agama)

SYARAT2 UNTUK MENJADI AHLI GAYONG:-

Tiada pantang larang dalam Ilmu SSG.
Hukum Agama sebagai panduan.
Lakukan apa yang diperintah, dan tinggalkan perkara2 yang ditegah.

IKRAR AHLI GAYONG:-

Bahwa sanya aku (nama pesilat)Mengaku taat setia menjadi murid Silat Seni Gayong dan menjadi ahli Gayong. Aku mengaku taat setia kapada Allah dan Baginda Rasul Allah s.a.w. Aku mengaku taat setia kapada Mahaguru Silat Seni Gayong dan juga wakil-wakilnya.

Aku mengaku taat setia kapada Ibu dan Ayah ku sendiri dan juga ahli sekeluarga dengan ku.

Bahwasanya aku mengaku taat setia kapada yang berhurmat President dan juga Kerajaan Negri.

Ya Allah,tunjukan aku kejalan yg benar,jauhi diriku dari jalan yg salah.
Ya Allah,murahkan rezekiku,jauhi diriku dari mala-petaka jin dan iblis dan juga ma'nusia yg niat khianat keatas diriku dan negaraku.

Inilah ikrar taat setia kapada negaraku.
Amin,Amin,Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Lafaz menerima ijazah : 'Aku terima ijazah daripada Mahaguru dengan berkat sufaat Baginda Rasul Allah s.a.w.'

'Jangan sekali-kali derhaka kapada kedua IbuBapa dan Guru…. ……..Ibarat berdosa kapada Allah dan derhaka kapada Muhammad'

MERAH
(Darah Pahlawan/Berani)

Berani kerana benar dan perjuangkan kerana kebenaran.
Jauhi sikap-sikap sombong dan bongkak,angkuh,riak dan takabur serta darah yang bergelombang dengan hawa-nafsu rakus dan sarakah kerana kedudukan dan pangkat. Wabak yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan wabak yang tidak ada ubatnya melainkan kesedaran diri sendiri.

Inilah penyakit yang tidak bolih dirasai yang berselindung disebalik jasad yang hanya memandang pada keindahan sahaja. Engkar dengan pegangan sabagai pejuang dan takut pada pengurbanan. Apabila sudah menerima kedudukan dan pangkat,akan menjadi TUAN dan menolak fahaman yang berunsur pengabdian.

"YANG BENAR ITU INDAH……….NAMUN YANG INDAH TIDAK SEMUA-NYA BENAR!".

KEKUATAN tidak akan dapat mengatasi KEBENARAN sebab kedua-duanya hak Allah dan penentuan Allah.

Sebaik-baik senjata adalah senjata yang dapat melenturkan dan menewaskan musoh tanpa pergaduhan dan peperangan iaitu kata-kata hikmah-bijak berkata-kata dengan perlaksanaan yang seimbang maka terbentuklah insan 'bijak laksana' dengan akhlak kerendahan-diri yang mulia.

"Kata-kata yang berhikmah lebih hebat dari keris yang berbisa"

KUNING
(Berdaulat)

Sejarah sudah menentukan!.
Perjuangan bermula dari anak2 Raja Bugis yang bernama Daeng Marewah Ibni Daeng Relaga Tandriburang (Kelana Jaya Putera),Yang DiPertuan Muda I- Memerintah Riau,Lingga,Johor dan Pahang pada tahun 1722 hingga 1728. Daeng Celak Ibni Daeng Relaga Tandriburang, Yang DiPertuan Muda II-Memerintah Riau,Lingga,Johor dan Pahang pada tahun 1728 hingga 1745.

Memperjuangkan dan menyebar Agama Islam di-kepulauan Riau dan menentang pencerobohan.Maka dari itu perlaksanaan Adat-Istiadat yang sudah sedia-ada bermula berkurun2 lamanya. Cukup dengan Tata-Susila dan Tata-Keramanya yang amat tinggi.

'Adat menentukan budi-pekerti yang luhur,tutur-bahasa dan budi-bicara yang penuh kesopanan, berserta pelaksanaan yang cukup tertib…………………… …………………….Persilatan tanpa Adat-Istiadat umpama pohon yang tiada berakar'

HITAM
(Bayang-Bayang/Rahsia)

Apa ertinya Adat-Istiadat Perlimau Tapak dan mengapa harus melalui upacara ini untuk menjadi ahli Silat Seni Gayong? .

Amanah Al-Marhum Dato' Meor Abdul Rahman:-

"Barangsiapa yang tidak menjalani Adat-Istiadat Perlimau Tapak Silat Seni Gayong, ia tidak bolih di-iktirafkan sebagai murid Gayong dan sama-sekali tidak sah mengaku dirinya ahli Gayong"

'Setiap bayang-bayang bergerak mengikut ampunya bayang-bayang, tidak akan dapat mengenal sesuatu rahsia jika tidak kenal ampunya rahsia'

Lagu Rasmi Gayong

Lagu Rasmi Gayong

Saturday, July 14, 2012

HIMPUNAN ANAK-ANAK PSSGM PADANG TERAP BERSAMA PSSGM NEGERI KEDAH

Assalamualaikum kepada semua pengunjung BLOG PSSGM KUALA MUDA. Alhamdulillah sekali lagi saya dapat berkongsi perjalanan aktiviti-aktiviti anak2 gayong kuala muda. Pada 14 Julai 2012 hari Sabtu PSSGM KUALA MUDA dijemput untuk membuat persembahan jemputan di Majlis Himpuanan Anak-anak gayong Daerah Padang Terap. Seramai 30 orang anak2 gayong Kuala Muda telah menyertainya. Alhamdulillah segala perjalan dapat dijayakan walaupun C. Fairus kita mengalami sedikit kecederaan ringan. Gayong Kuala Muda telah membuat persembahan dengan jayanya seperti pentas parang vs rantai , pentas rotan dan pentas pisau juga persembahan istimewa pecah botol , pecah kelapa dan pecah genting.Terima Kasih PSSGM Padang Terap kerana telah menjemput PSSGM Kuala Muda. Terima kasih juga kepada C. Kassim@abah , C. Fauzi , C. Fairus , C. Ridzwan dan ahli2 gayong Kuala Muda. Majlis ini juga dihadiri tetamu kehormat seperti Ketua Pemuda UMNO negeri Kedah. Turut menyerikan Majlis ini pewaris amanah PSSGM Dato Adiwijaya , C. Mustafa Kamal dan C. Kahar Reza.


Bergaya dengan baju koprat PSSGM KUALA MUDA


Cikgu Kassim@abah sedang memberi taklimat pada anak2 gayong Kuala Muda sebelum membuat persembahan


Anak2 gayong kusyuk mendengat taklimat dari Cikgu Kassim@abah


C. Ridzwan Ramli senyum kepada seseorang. C. Fairus sedang mendengar sesuatu.


C. Kassim sedang menyusun sesuatu kelihatan C. Fairus memberi cadangan.


C. Ridzwan sedang menunjukan cara pecah botol kepada saudara Redza dan saudara Amy sebelum persembahan.


Pendekar-pendekar PSSGM Kuala muda segak bergaya


Anak-anak gayong bersama barisan Gurulatih bergambar sebelum bermulanya persembahan. Kelihatan segak bergaya dengan pakaian rasmi GAYONG.


Sebelum memulakan persembahan didahului dgn bacaan membuka tapak yg dipimpin oleh C. ridzwan Ramli


Gaya tersendiri dari pasangan rotan saudara syaban dan saudara zamir


C. Fairus dan Saudara Redza sempat bergaya didepan kamera.


Saudara Amy Cangkoi bersama Isteri tercinta. Isteri memberi semangat kepada suami untuk membuat persembahan.


Bersiap sedia menerima arahan untuk membuat persembahan


Persembahan istimewa oleh C. Yet dan C. Suhaila. Kelihatan Panglima Hitam C. Mat Isa menjadi pelepas.


C. Fairus sedang melihat anak2 gayong Kuala muda membuat persembahan pentas.


 GARANGG......C. Fairus dalam aksi memecah genting. Saudara Redza dan saudara Amy bersiap sedia untuk memecah botol.


3OG gayong Kuala Muda.(3B-3 orang besar)


Persembahan dari anak-anak gayong Padang Terap


Tetamu-tetamu VIP dan ahli2 waris beradat..















No comments:

Allahyarham Guru Tua Shuib bersama barisan pendekar GAYONG.

Allahyarham Guru Tua Shuib bersama barisan pendekar GAYONG.
Gambar kenangan ini diambil bersempena ujian kenaikan bengkong "AWAN PUTIH" dan "PELANGI HIJAU". Dari kiri Cikgu Mat, Allahyarham Guru Shuib, Guru Mail, Cikgu Fauzi dan Cikgu Fairos.

Allahyarham Guru Tua Shuib Bekas Pengerusi Beradat Kedah Darul Aman.

Allahyarham Guru Tua Shuib Bekas Pengerusi Beradat Kedah Darul Aman.
Perginya sebuah permata yang amat bernilai untuk kami iaitu Guru Tua Shuib B. Husin.Pengorbanan beliau dalam mengembangkan Seni Gayong terutama sekali di Daerah Kuala Muda tidak dapat disangkal lagi. Kebanyakan anak-anak gayong di Daerah Kuala Muda adalah dibawah asuhannya satu ketika dahulu. Seluruh hidupnya telah diabadikan dalam mengembangkan Seni Gayong. Kini Guru Tua Shuib B. Husin hanya tinggal nama. Allah terlebih dahulu memanggilnya untuk menghadap yang Maha Esa. Jasa dan pengorbanan beliau tetap kami akan kenangan dan akan meneruskan perjuangan yang telah ditinggalkan.