SILAT SENI GAYONG MALAYSIA DICIPTA DAN DIASASKAN OLEH ALLAHYARHAM MAHAGURU DATO' DAENG MEOR ABDUL RAHMAN BIN DAENG UDA MOHD HASHIM. PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA ADALAH SEBUAH PERTUBUHAN YANG BERDAFTAR DENGAN JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN NEGARA 22 OKTOBER 1963 (RUJUKAN 361) PADA MULANYA, DAN KEMUDIANNYA PULA DIDAFTARKAN KEPADA PESURUHANJAYA SUKAN PADA 31 JULAI 1998 (RUJUKAN PPS 0149/98)

Gurulatih Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Daerah Kuala Muda Kedah.

Gurulatih Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Daerah Kuala Muda Kedah.

Sahabat Seperjuangan :


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
~Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala~

Tauladan Melalui Kepimpinan.

Cuaca di luar sungguh panas terik. Ketika itu Sayidina Usman Bin Affan sedang berehat di rumahnya. Dari tingkap rumahnya dia melihat seorang lelaki yang sudah berumur berjalan terhoyong-hayang menutupi mukanya dari kepanasan dan debu. Sayidina Usman kehairanan. Siapakah lelaki yang sanggup berjalan di tengah panas itu sedangkan orang lain semuanya berteduh. Pasti dia sedang dalam kesusuhan. Kemudian lelaki itu kelihatan memegang seekor sapi pada tali kekangnya. Sayidina Usman memanggil lelaki yang tidak dikenali itu supaya berlindung di rumahnya dari panas yang membara. Setelah lelaki itu tiba di halaman rumahnya, Sayidina Usman terperanjat kerana rupa-rupanya dia adalah Amirul Mukminin, Khalifah Umar Al-Khattab. Sayidina Usman segera keluar dari rumahnya dan bertanya. "Engkau dari mana wahai Amirul Mukminin". Sayidina Umar menjawab, "Sebagaimana yang engkau lihat aku sedang mengheret sapi ini". "Siapakah pemiliknya?" tanya Saidina Usman dengan hairan. Sebab biasanya Sayidina Umar tidak begitu merisaukan harta bendanya. "Ini adalah kepunyaan anak-anak yatim yang telah terlepas dari kandangnya dari berlari di jalan. Aku telah mengejarnya sehingga sekarang telah pun tangkap." Sayidina Usman bertanya lagi, "Tidak adakah orang lain yang boleh melakukan pekerjaan itu tanpa engkau sendiri sebagai khalifah?" Sayidina Umar menjawab dengan tegas, "Siapakahyang bersedia menebus dosaku di hari perhitungan nanti? Mahukah orang itu memikul tanggungjawabku di hadapan Tuhan? Kekuasaan adalah amanah bukan kehormatan." Sayidina usman mencadangkan supaya khalifah berhenti berehat sebentar sementara menuggu cuaca agak redup. Namu Sayidina berkata, "Kembalilah ke rumahmu, biarlah aku selesaikan kewajipanku." Maka Khalifah Umar Al-Kattab pun meneruskan perjalanannya. Sayidina Usman hanya melihatnya pergi dengan air mata membasahi pipi. "Engkau merupakan cermin sebagaimana seharusnya menjadi kewajipan seorang pemimpin negara dan merasa berat dirasakan oleh khalifah selepasmu. Pemimpin yang beriman merasa bimbang dengan jawatan yang disandanya kerana tanggungjawabnya sungguh berat. Berbeza dengan manusia kini yang berlumba-lumba inginkan jawatan supaya dapat menggunakan kuasa dan wang yang ada padanya.

"Marilah sama-sama kita merenung diri kita". Adakah kita melakukan tanggungjawab yang telah diberikan dengan sebaiknya. Sama-samalah kita mengambil iktibar daripada kisah tersebut.

Senarai Ahli Jawatankuasa Pusat PSSGM 2012 - 2014

Yang diPertua PSSGM-
Datuk Adiwijaya Abdullah

Timbalan Yang diPertua 1-
Cikgu Mohd Faid Musa

Timbalan Yang diPertua 2-
Datin Feridah Abu Johan

Naib Yang diPertua 1-
Cikgu Sazali Dato Meor Rahman

Naib Yang diPertua 2
Cikgu Anuar Abd Hamid

Naib Yang diPertua 3-
Cikgu Rasul


BARISAN AJK 2012 - 2014
Ckgu Rahim Masrom
(Pahang)
Cikgu Shahsuzanni Abu Bakar
(Perlis)
Cikgu Tengku Aminudin
(N.9)
Cikgu Raja Zulkifli Raja Abu Bakar
(Penang)
Ckgu Mat Isa Mustafa
(Kedah)
Cikgu Razani Hassan
(Kelantan)
Cikgu Abd Aziz Hj Othman PJK
(Selangor)
Cikgu Mohd Nor Abdul Samad
(Johor)
Mas Shariffah Mismat
(Perak).
Cikgu Haji Sani Morni
(KL)

Ahli Jawatan Kuasa Negeri Kedah Darul Aman.

SENARAI JAWATANKUASA TERTINGGI PSSGM NEGERI KEDAH 2010/2011

YANG DIPERTUA
DATO ADIWIJAYA BIN HJ ABDULLAH

TIMBALAN YANG DIPERTUA
EN. MD ISA BIN MUSTAFFA

NAIB YANG DIPERTUA I
EN. MOHD IZUAN BIN AZMI

NAIB YANG DIPERTUA II
EN. KASSIM BIN AWANG

SETIAUSAHA
EN. AZMAN BIN AHMAD

BENDAHARI
EN HAJAZI BIN HANAPI

Alamat Ibu Pejabat PSSGM Pusat :

Lot 119 Tingkat 2,
Putri Park Plaza,
Taman Putri, Jalan 28,
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan.

Telefon Pejabat : 03 - 4295 8767
No Fax : 03 - 4295 5800

Di sebalik Lambang Gayong

Lambang atau logo Silat Gayong diilhamkan oleh Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman dan telah dilukis oleh Pendita Za'ba di Singapura. Lambang yang menjadi lencana atau terpapar pada dokumen rasmi dan sijil Silat Gayong mempunyai makna dan pengertian tertentu.

BULAN DAN BINTANG
Melambangkan agama Islam dan syiarnya berada di puncak dunia. Silat Gayong meletakkan agama di tempat yang paling tinggi sebagai penyuluh hidup. Ia juga melambangkan agama Islam menjadi teras perguruan persilatan ini.

BUMI
Menunjukkan bahawa Silat Seni gayong akan berkembang ke seluruh dunia khasnya untuk semua muslim.

BEJANA AIR
Simbolik kepada universaliti ilmu Silat Seni Gayong. Apa yang didapati atau dilihat pada senibela diri lain samada tempatan atau luar negeri telah wujud dalam Silat Seni Gayong. Silat Seni Gayong ialah ilmu persilatan asli yang tidak diciplak dan boleh ditimba sentiasa umpama air yang tidak akan putus. Ia juga melambangkan kesatuan hati dan bulat kata kerana sepakat. Bak kata pepatah Melayu, “ Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana sepakat ”. Murid Gayong mestilah berpadu untuk menegakkan yang hak.

HARIMAU
Melambangkan keberanian dan kepahlawanan di darat. Ia menonjolkan identiti atau corak pelajaran Silat Seni Gayong yang diasas dari sifat dan ketangkasan seekor harimau. Resam harimau menyembunyikan kukunya, di kala tertentu sahaja ia akan menzahirkan kekuatan dan ketajaman cengkaman kukunya yang boleh mematah dan membunuh mangsanya dalam beberapa saat sahaja.

NAGA
Menunjukkan bahawa Silat Seni Gayong bukan sahaja boleh diguna di darat, bahkan juga di dalam air. Logo naga ini dipercayai telah dihadiahkan oleh Maharaja China kepada Allahyarham Dato’ Laksamana Hang Tuah atas keberanian dan kehandalannya semasa melawat negeri China dahulu. Naga juga merupakan simbol yang berkaitan dengan proses kelahiran Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman sendiri. Kedudukan naga yang melingkungi dunia di mana kepalanya hampir bercantum dengan ekor melambangkan ilmu Silat Seni Gayong akan terkenal ke seluruh dunia.

KERIS BERSILANG
Simbolik kepada semangat Laksamana terbilang melayu, Hang Tuah dan Hang Jebat. Hang Jebat mati sewaktu menjadi Laksamana. Jawatan Laksamana tidak diambil semula oleh Hang Tuah selepas kematian Hang Jebat. Keris dalam lambang tersebut adalah keris Tamingsari yang pernah digunakan oleh kedua-dua laksamana tersebut. Keris yang merupakan salah satu pelajaran yang diajar kepada murid Gayong adalah satu lambang senjata asli bangsa Melayu. Ini membuktikan Silat Seni Gayong adalah silat melayu seni warisan bangsa yang asli dan tulen.

PEDANG BERMATA DUA
Melambangkan pedang Zulfakar kepunyaan Saidina Ali r.a. yang terukir kalimah suci dari Al – Quran bermaksud "Kemenangan daripada Allah dan kejayaan yang hampir" di sepanjang mata pedang tersebut. Ia bertujuan mengenang kembali perjuangan para sahabat menegakkan Islam di zaman Jahilliyah.

HITAM CULA VII
Melambangkan Bengkung Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti Gangga Negara, bengkong peribadi Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman bin Tengku Daeng Uda Mohd Hashim, Mahaguru Silat Seni Gayong. Di sebalik lambang tersebut, ia bermaksud Silat Seni Gayong bersendikan adat, adatlah yang mengawasi perjalanan Silat Seni Gayong. Tanpa adat, Silat Seni Gayong akan hilang kedaulatan. Oleh itu, menjadi kewajipan semua murid Gayong untuk mempertahankan adat agar hala tuju dan matlamat Silat Seni Gayong tidak diselewenegkan.



Bendera Rasmi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.

Bendera Rasmi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.
Empat Warna Melambang Kesempurnaan. Anak- Anak Gayong Membawa Panji Kesaktrian. Panji Di Kibar Melambang Kegagahan. Pantang Menyerah Walau Nyawa Terkorban.

Erti di Sebalik Warna Rasmi Gayong

PUTIH
(Suci/Bersih)

Disebalik pakaian serba hitam berserta darjat dan pangkat yang diterima ,ia sebenarnya hanyalah kulit untuk memperbezakan kedudokkan tetapi hakikat yang sebenarnya adalah jiwa(yang tersembunyi) yang suci dan bersih memperjuangkan semata2 kerana amanah dan tanggung-jawab yang harus dipikul.

Bukan untuk kemegahan dan kebanggaan yang perlu ditayang-tayang maka timbul penyakit sombong, bongkak dan angkuh.Maka banyak yang tewas dipertengahan jalan kerana sikap yang burok dan jelek ini.

'Hitam adalah bayang-bayang yang didedahkan dan terhijab kapada yang suci dan bersih……… dan putih adalah satu perbendaharaan yang berselindung disebalik bayang-bayang. Jadi,pendedahan tidak semestinya satu kejayaan dan kemenangan. Dan yang tersembunyi bukan bererti ia dalam kegelapan.Demi kebenaran dan ketulinan sesuatu Ilmu,ia harus diperjuangkan melalui pengabdian dan pengorbanan,bukan untuk meraih kemenangan dan kejayaan peribadi……..sebab ia terlalu luas untuk dicapai dalam masa yang singkat.'


HIJAU
(Agama)

SYARAT2 UNTUK MENJADI AHLI GAYONG:-

Tiada pantang larang dalam Ilmu SSG.
Hukum Agama sebagai panduan.
Lakukan apa yang diperintah, dan tinggalkan perkara2 yang ditegah.

IKRAR AHLI GAYONG:-

Bahwa sanya aku (nama pesilat)Mengaku taat setia menjadi murid Silat Seni Gayong dan menjadi ahli Gayong. Aku mengaku taat setia kapada Allah dan Baginda Rasul Allah s.a.w. Aku mengaku taat setia kapada Mahaguru Silat Seni Gayong dan juga wakil-wakilnya.

Aku mengaku taat setia kapada Ibu dan Ayah ku sendiri dan juga ahli sekeluarga dengan ku.

Bahwasanya aku mengaku taat setia kapada yang berhurmat President dan juga Kerajaan Negri.

Ya Allah,tunjukan aku kejalan yg benar,jauhi diriku dari jalan yg salah.
Ya Allah,murahkan rezekiku,jauhi diriku dari mala-petaka jin dan iblis dan juga ma'nusia yg niat khianat keatas diriku dan negaraku.

Inilah ikrar taat setia kapada negaraku.
Amin,Amin,Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Lafaz menerima ijazah : 'Aku terima ijazah daripada Mahaguru dengan berkat sufaat Baginda Rasul Allah s.a.w.'

'Jangan sekali-kali derhaka kapada kedua IbuBapa dan Guru…. ……..Ibarat berdosa kapada Allah dan derhaka kapada Muhammad'

MERAH
(Darah Pahlawan/Berani)

Berani kerana benar dan perjuangkan kerana kebenaran.
Jauhi sikap-sikap sombong dan bongkak,angkuh,riak dan takabur serta darah yang bergelombang dengan hawa-nafsu rakus dan sarakah kerana kedudukan dan pangkat. Wabak yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan wabak yang tidak ada ubatnya melainkan kesedaran diri sendiri.

Inilah penyakit yang tidak bolih dirasai yang berselindung disebalik jasad yang hanya memandang pada keindahan sahaja. Engkar dengan pegangan sabagai pejuang dan takut pada pengurbanan. Apabila sudah menerima kedudukan dan pangkat,akan menjadi TUAN dan menolak fahaman yang berunsur pengabdian.

"YANG BENAR ITU INDAH……….NAMUN YANG INDAH TIDAK SEMUA-NYA BENAR!".

KEKUATAN tidak akan dapat mengatasi KEBENARAN sebab kedua-duanya hak Allah dan penentuan Allah.

Sebaik-baik senjata adalah senjata yang dapat melenturkan dan menewaskan musoh tanpa pergaduhan dan peperangan iaitu kata-kata hikmah-bijak berkata-kata dengan perlaksanaan yang seimbang maka terbentuklah insan 'bijak laksana' dengan akhlak kerendahan-diri yang mulia.

"Kata-kata yang berhikmah lebih hebat dari keris yang berbisa"

KUNING
(Berdaulat)

Sejarah sudah menentukan!.
Perjuangan bermula dari anak2 Raja Bugis yang bernama Daeng Marewah Ibni Daeng Relaga Tandriburang (Kelana Jaya Putera),Yang DiPertuan Muda I- Memerintah Riau,Lingga,Johor dan Pahang pada tahun 1722 hingga 1728. Daeng Celak Ibni Daeng Relaga Tandriburang, Yang DiPertuan Muda II-Memerintah Riau,Lingga,Johor dan Pahang pada tahun 1728 hingga 1745.

Memperjuangkan dan menyebar Agama Islam di-kepulauan Riau dan menentang pencerobohan.Maka dari itu perlaksanaan Adat-Istiadat yang sudah sedia-ada bermula berkurun2 lamanya. Cukup dengan Tata-Susila dan Tata-Keramanya yang amat tinggi.

'Adat menentukan budi-pekerti yang luhur,tutur-bahasa dan budi-bicara yang penuh kesopanan, berserta pelaksanaan yang cukup tertib…………………… …………………….Persilatan tanpa Adat-Istiadat umpama pohon yang tiada berakar'

HITAM
(Bayang-Bayang/Rahsia)

Apa ertinya Adat-Istiadat Perlimau Tapak dan mengapa harus melalui upacara ini untuk menjadi ahli Silat Seni Gayong? .

Amanah Al-Marhum Dato' Meor Abdul Rahman:-

"Barangsiapa yang tidak menjalani Adat-Istiadat Perlimau Tapak Silat Seni Gayong, ia tidak bolih di-iktirafkan sebagai murid Gayong dan sama-sekali tidak sah mengaku dirinya ahli Gayong"

'Setiap bayang-bayang bergerak mengikut ampunya bayang-bayang, tidak akan dapat mengenal sesuatu rahsia jika tidak kenal ampunya rahsia'

Lagu Rasmi Gayong

Lagu Rasmi Gayong

Monday, October 31, 2011

Silat Pulut atau Gayong Pulut


Pengenalan

Silat pulut adalah satu persembahan, permainan dan seni mencipta buah dalam sesebuah pertubuhan silat melayu semenanjung. Silat pulut bukan suatu pelajaran wajib yang di kursuskan kepada pesilat-pesilat. Seni silat pulut ini adalah amalan seni gelanggang bangsal yang kini dimasukkan dalam kurikulum silat melayu di Semenanjung Malaysia. Silat pulut tercipta daripada gabungan beberapa pergerakan anggota badan yang terdapat dalam seni mempertahankan diri yang membentuk satu latihan riadah. Amalan silat pulut dipercayai dapat melancarkan aliran darah dan sistem pernafasan selain membentuk staina serta daya tahan pada individu yang mengamalkannya.

Seni silat pulut ini juga adalah satu bentuk persembahan yang telah meresap kedalam adat istiadat melayu semenanjung dengan diiringi muzik silat baku iaitu gendang ibu, gendang anak, gong dan serunai. Disamping itu, seni mempertahankan diri melayu yang unik ini diberi nama silat pulut kerana pesilat yang mempersembahkan seni silat pulut ini diberi sebungkus bunga telor bersama-sama pulut didalamnya. Pulut telah menjadi biasanya menjadi hidangan wajib yang disediakan dimana-mana majlis kenduri kahwin dalam sesebuah kampung.

Asal-usul silat pulut

Seni Silat Pulut adalah merupakan permainan silat turun temurun dari warisan nenek moyang kita. Sejarah mengenainya tidak begitu jelas, namun terdapat beberapa teori yang menyebut tentang sejarah silat pulut ini. Sejak kejatuhan kerajaan Melayu Tradisi di Semenanjung, silat telah terpinggir daripada istana dan pertahanan negara telah diperkenalkan dengan sistem pertahanan barat. Orang perang dan pahlawan telah kembali ke desa dan terus mengembangkan Ilmu Seni Perang Melayu atau institusi pendidikan kepahlawaan Melayu. Bagi mengelakkan ilmu kepahlawanan itu daripada pengetahuan penjajah lalu dijadikan satu permainan tradisi yang didalamnya terdapat serang dan beladiri, dinamakan Silat Pulut. Permainan ini berkonsepkan sifar kecederaan di samping menjaga adat tatasusila agar ianya menjadi harmoni. `Bunga Sembah’ atau `Lela Sembah’ dilakukan sebagai hormat tetamu yang kehadiran mereka diraikan.

Silat Seni Gayung Fatani merupakan aliran Silat Melayu yakni silat tempatan atau Seni Silat Melayu Tradisi Semenanjung dari yang serumpun dan sebenih dengannya, seperti yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dan daerah yang sempadan dengannya, dikenali sebagai Silat Pulut atau Gayung Pulut. Silat menjadi permainan yang kerap dipersembah di majlis-majlis rasmi, nikah-kahwin atau kenduri-kendara makan pulut, di mana setiap pesilat yang bermain dihadiahkan sekepal pulut berhias bunga telur, maka dinamakan ianya `silat pulut’ atau `gayung pulut’. Permainan silat ini biasanya dipersembahkan ketika majlis perkahwinan dan biasanya pesilat-pesilat pada zaman dahulu akan mengambil sedikit pulut dan disuapkan ke mulut pengantin

Permainan silat dahulu biasanya diakhiri dengan banyak berlakunya kecederaan kepada pesilat. Dan para pendekar2 ketika itu memainkan silat ini sebagai menggantikan kepada pertempuran yang sebenarnya. Namun rahsia permainan silat ini hanyalah diketahui oleh mereka yang mengamalkannya, walaupun luarannya nampak begitu lembut dan bersopan. Begitulah indah dan cantiknya nilai tradisi Melayu. Perkara ini banyak tidak diketahui oleh generasi masakini yang sibuk kepada kebendaan dan harta. Ada juga teori mengatakan permainan ini sekiranya lawan dikunci, jikalau dia bergerak maka akan semakin terkunci ibarat pulut yang melekit2.

Seni yang dipelihara

Permainan ini berkonsepkan sifar kecederaan di samping menjaga adat tatasusila agar ianya menjadi harmoni. `Bunga Sembah’ atau `Lela Sembah’ dilakukan sebagai hormat tetamu yang kehadiran mereka diraikan. Permainannya, secara berpasangan, dua pesilat akan berhadapan dan melakukan `pecah langkah’ atau `belebat silat’ mengatur strategi serangbela yang dimulakan dengan `sikap jual’ dan `sikap beli’. Kedua-dua pesilat menggunakan kaedah yang tidak mencederakan, malah dapat menampilkan kaedah yang sulit dalam bentuk yang menghiburkan. Permainan tersebut sesuai dengan perkataan silat. `Si elat’ sebagai ganti nama pelaku, `elat’ bermakna usaha mengelirukan, tipu daya, muslihat dan `ilat’ bermaksud kecelakaan, kemalangan atau kerugian.

Pada tahun 70an, keluar pula arahan semua kumpulan silat wajib didaftarkan agar dapat bergerak secara sah, maka wujudlah pelbagai nama perguruan silat dari aliran silat Melayu, antaranya Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM). Pada tahun 1983, pertubuhan ini telah diiktiraf sebagai ahli badan pendiri PESAKA Malaysia. Dengan itu, silat asli tempatan atau seni silat Melayu tradisi semenanjung yang dikenali sebagai silat pulut atau gayung pulut mendapat nama serta bersaing dengan perguruan silat baru yang diciptakan beberapa orang tokoh silat dan aliran perguruan pencak silat.

PSGFM telah mengembangkan kaedah pendidikan silat tradisi `gelanggang bangsal’ yang diasaskan oleh Syeikh Abdul Rahman Tohir (1816-1839), di Pendang, Kedah Darul Aman. Kandungan pelajaran silat meliputi aspek seni, beladiri, sukan, muzik, silat baku Malaysia dan kerohanian yang berdasarkan seni budaya Melayu bersendikan syarak. Pada tahun 1976, penulis (Allahyarham Tuan Haji Anuar bin Abdul Wahab AMN 19-2009) telah diangkat sebagai Guru Utama. Penulis telah meningkatkan mutu pendidikan silat tradisi gelanggang kepada sebuah kurikulum silat yang telus dan setara. Berdasarkan kurikulum silat tradisi ini (sebelum 1976-1986), menjadi dasar kepada “Kurikulum Baru PSGFM” (1986-2004) dan “Kurikulum Silat PSGFM Moden Piawai 2002″.

Kaedah permainan silat pulut atau gayung pulut masih kekal dalam tradisi silat perguruan silat tradisi perguruan ini. Kurikulum silat baru telah menjadi faktor utama PSGFM berjaya menjadi juara kumpulan dalam kejuaraan silat kebangsaan pada 1991, 1992 dan 1994. Kurikulum tersebut turut membantu PSGFM berjaya dinobatkan sebagai juara kumpulan persembahan terbaik dalam kejuaraan seni beladiri dunia ANJURAN International Martial Arts Games Committee (IMGC) pada 2004 dan 2005. PSGFM lebih dikenali di peringkat antarabangsa apabila pasukan silat PSGFM diberi kesempatan mempersembahkan silat bersama-sama sebelas pasukan seni beladiri terbaik duni iaitu judo, sumo, karate, jujitsu, samurai, capoeira, free-style, nunchaku, taekwando dan sholin kung fu dalam program jelajah 15 kota Jerman pada 2004.

Teknik-teknik silat pulut

Silat pulut mengandungi pelbagai teknik rahsia yang tidak di pertontonkan kepada khalayak ramai. Namun begitu, teknik asas silat pulut dapat di pelajari dengan begitu mudah walaupun memakan masa untuk menguasainya dengan sempurna. Teknik asas silat pulut terbahagi kepada beberapa kaedah iaitu, untuk pembukaan atau permulaan biasanya dua orang pesilat akan berdiri pada kotak berbentuk segiempat tepat. Dua orang pesilat ini akan mengadap berhadapan sebaris dengan garis yang bersebelahan antara satu sama lain. Dua orang pesilat ini tadi akan membuat langkah sembah mengikut bentuk segiempat tepat sehingga kembali ke tempat mula-mula mereka berdiri. Kemudian pesilat tadi akan melakukan teknik melilit iaitu dengan mengelilingi segiempat tepat tadi dalam bentuk bulatan. Teknik ini adalah satu asas yang telah di tetapkan dalam permainan silat pulut.

Seterusnya, setelah melakukan teknik melilit, pesilat akan berhadapan dan teknik galah panjang dimainkan. Teknik galah panjang ini serupa dengan permainan galah panjang yang dimainkan masyarakat melayu. Pesilat akan bergerak ke arah yang sama, jika persilat A bergerak ke kanan, pesilat B akan ikut bergerak ke kanan lawannya dan sebaliknya. Pergerakan galah panjang ini mencantikkan lagi seni tempur pulut ini. Permainan ini akhirnya dimulakan dengan iga serangan asas iaitu serangan tikam, belah dan parang. Teknik tikam dilakukan dengan penyerang melancarkan serangan bagai membawa senjata tajam di pergelangan tangan. Serangan yang dilancarkan tidak seperti seni pencak silat yang laju dan lincah tetapi dilakukan dengan tenang dan dalam gerakan yang lambat. Teknik tikam ini akan disambut oleh tukang sambut yang menanti serangan. Setelah buah tikam disambut dengan kemas, penyambut tadi akan mengunci bahagian kaki lawan dengan menyendal kaki lawan pada bahagian belakang lututnya. Tikaman pihak lawan tadi akan cuba dipatahkan dengan menolak sendi tangan pihak lawan ke atas. Orang yang menikam tadi akan menyelamatkan dirinya dari dipatahkan tangannya dengan melakukan teknik kedu[1]. Kemudian penyerang akan melepaskan tangan dengan membuat sisipan pada lengan pihak lawan. Perlakuan sagang[2] akan terjadi apabila penyerang dapat melepaskan tangannya dan penyambut dalam kedudukan rapat bahu bertemu bahu dan belakang lutut bertindih antara satu sama lain. Kemudian, buah potong dilancarkan oleh penyerang bagi melepaskan diri. Buah potong dilakukan dengan menggunakan tangan yang menyerang atau tangan yang tidak dikunci untuk melepaskan diri. Jika kedua-dua pesilat telah berada pada kedudukan jarak yang agak jauh, buah pelepas dilakukan. Buah pelepas adalah teknik penamat bagi serangan yang dilancarkan. Apabila buah pelepas dilaksanakan, kedua-dua pesilat..akan terpisah dan permainan akan disambung atau ditamatkan.

DIPETIK DARI : http://khalifahgayong.wordpress.com

Wednesday, October 19, 2011

Tanggung Jawab.

Gambar Hiasan

Khalifah Umar bin Abd al-Aziz apabila beliau dilantik menjadi khalifah, beliau seakan tergamam dan begitu hiba. Beliau terus bersendirian bersolat dan menangis. Airmatanya bercucuran hingga ke janggutnya. Apabila isterinya Fatimah bertanya, dia berkata:

“Wahai Fatimah! Aku telah dikalungkan urusan umat Muhammad ini yang berbagai bangsa. Maka aku terfikir tentang orang fakir yang lapar, yang sakit lagi derita, orang yang tidak berpakaian yang susah, orang yang dizalimi lagi dipaksa, tawanan perang yang jauh, orang tua yang uzur, orang yang mempunyai keluarga yang ramai sedangkan hartanya sedikit dan seumpama mereka yang berada di segala tempat dan penjuru negara. Aku tahu tuhanku akan bertanya aku mengenai mereka pada hari kiamat kelak. Aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawabnya, lalu aku pun menangis” (Al-Zahabi, Tarikh al-Islam wa Wafayat al-Masyahir wa al-A’lam, 7/197. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi/1407H)

Wednesday, October 12, 2011

Banyak Yang Sudah Digelabkan.....

Gambar Hiasan Semata-Mata.
Kenapa hendak digelapkan maklumat yang sebenar?
Kenapa kami si generasi baru selalu ditipu?
Kenapa perlu menipu kami?
Bukankah kami generasi yang akan menyambung warisan ini.
Dimana letaknya amanah?
Bukankah sifat amanah itu salah satu sifat Rusullah S.A.W.
Adakah kita hendak melawan arus dan menjadi orang yang munafik.

Baru-baru ini aku serta rakan seperjuangan berjumpa dengan seorang guru tua. Pertemuan tersebut terjadi atas bantuan seorang guru aku juga. Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada beliau kerana membantu. Tanpa beliau mungkin tak kesampaian agaknya. Sudah lama aku menyimpan hasrat untuk bertemu dengan guru tua tersebut. Beliau merupakan seorang pendekar, lagenda dan panglima hitam yang sejati.

Sykur kepada Allah S.W.T kerana dengan izin dan kehendaknya dapat jua aku bertemu. Pertemuan ini merupakan siri ziarah dan bertanya khabar kepada guru tua tersebut. Keterujaan untuk bertemu dengan beliau sudah tersemat didalam hati sejak kecil lagi. Banyak persoalan yang aku bertanyakan kepada beliau. Banyak persoalan yang aku bertanyakan kepada beliau. Selain dari pelajaran dan adat istiadat aku bertanyakan kepada beliau tentang sejarah. Mulalah bercerita guru tua tersebut kepada aku serta rakan aku tentang sejarah dari mula ia dilahirkan sehinggalah sekarang ini. Daripada penceritaan itu barulah aku tahu akan sejarah yang sebenar.

Terlalu banyak sejarah yang telah digelapkan. Banyak maklumat-maklumat yang telah dipalsukan. Disaat dan ketika itulah aku mulai sedar akan diri aku juga telah diajar supaya menipu. Dengan kata lain aku juga telah ditipu. Hati aku hancur, hati aku punah, rasa berkecai perasaan ini. Ya Allah hanya engkau yang Maha Mengetahui hati aku disaat dan ketika itu. Tetapi aku tetap bersyukur kepada Allah kerana dengan pertemuan itu dapat jua aku mengetahui yang mana kaca dan yang mana permata.

Sekali lagi aku panjatkan tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izinnya jua aku memperolehi sejarah yang sebenar. Disini aku hanya ingin berpesan kepada diri aku serta rakan-rakan seperjuangan, janganlah dibuang guru-guru tua tidak kiralah darimana pertubuhannya. Terlalu banyak rahsia yang masih mereka simpan. Sama-samalah kita mencari dan terus menziarah guru-guru tua sementara mereka masih hidup. Semoga apa yang kita perolehi akan menjadi pegagan dan panduan untuk kita teruskan perjuangan ini. Insyallah.

Monday, October 3, 2011

Al-Fatihah



Gambar Hiasan : Datin Hajjah Feridah bersama dengan Allahyarham Dato' Dr. Mat Lazim serta dengan senior gurulatih gayong.
AL-FATIHAH...IBU KPD DATIN HJH FERIDAH BT ABU JOHAN (PENGERUSI IBU GAYONG KEBANGSAAN) - HJH SYARIFFAH TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH ...JENAZAHNYA KINI SEDANG DIBAWA PULANG DR KL KE TANAH PERKUBURAN KUALA KANGSAR...

Allahyarham Guru Tua Shuib bersama barisan pendekar GAYONG.

Allahyarham Guru Tua Shuib bersama barisan pendekar GAYONG.
Gambar kenangan ini diambil bersempena ujian kenaikan bengkong "AWAN PUTIH" dan "PELANGI HIJAU". Dari kiri Cikgu Mat, Allahyarham Guru Shuib, Guru Mail, Cikgu Fauzi dan Cikgu Fairos.

Allahyarham Guru Tua Shuib Bekas Pengerusi Beradat Kedah Darul Aman.

Allahyarham Guru Tua Shuib Bekas Pengerusi Beradat Kedah Darul Aman.
Perginya sebuah permata yang amat bernilai untuk kami iaitu Guru Tua Shuib B. Husin.Pengorbanan beliau dalam mengembangkan Seni Gayong terutama sekali di Daerah Kuala Muda tidak dapat disangkal lagi. Kebanyakan anak-anak gayong di Daerah Kuala Muda adalah dibawah asuhannya satu ketika dahulu. Seluruh hidupnya telah diabadikan dalam mengembangkan Seni Gayong. Kini Guru Tua Shuib B. Husin hanya tinggal nama. Allah terlebih dahulu memanggilnya untuk menghadap yang Maha Esa. Jasa dan pengorbanan beliau tetap kami akan kenangan dan akan meneruskan perjuangan yang telah ditinggalkan.