Guru Haji Ismail diantara guru yang hadir pada majlis perkahwinan Cikgu Fadzril. Beliau merupakan Gurulatih Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia. Selaku anak murid yang kerdil lagi hina amat teruja dan berbesar hati apabila diri disantuni dan didatangi oleh Guru. Terima kasih sekali lagi kepada Guru Haji Ismail.
Gambar kenangan diantara pengantin dan Gurulatih serta anak-anak gayong. Gurulatih yang duduk bersama pengantin dari kiri adalah Cikgu Fauzi, Guru Kassim, Pengantin, Cikgu Mat Pomen dan Guru Din ( Digelar Hang Jebat ). Terima kasih kami kepada kesemua guru-guru yang hadir.
Cikgu Ridhwan sempat menikmati air kelapa. Ini diantara demo pemecahan yang dilakukan pada hari tersebut. Cikgu Ridhwan menunjukan aksi membelah buah kelapa dengan mengunakan tangan.
Tiga Gurulatih yang terlibat dipersembahan hari tersebut. Dari kiri Cikgu Ridhwan, Cikgu Fairos dan Cikgu Khairur. Terima kasih kami ucapkan kerana berjaya mengawal selia demo pada hari tersebut. Syukur Alhamdulillah kerana tiada perkara yang tidak diingin berlaku. Amin.
Besi dibengkong dengan menggunakan leher. Penafasan amat penting tak kala besi dibengkokkan.
Cikgu Ridhwan dengan tari LAM ALIF.
Cikgu Fairos serta anak gayong sedang menanti dengan ketibaan mempelai.
Tangkas, gerun dan ganas, Persembahan Seni Parang Panjang oleh dua orang gurulatih. Cikgu Ridhwan dan Cikgu Khairur mendapat tepukan gemuruh dari hadiran yang datang. Syabas kepada mereka berdua.
Saudara Redza dan pasangan yang turut beraksi pada hari tersebut. Senjata Pisau menjadi persembahan mereka pada hari tersebut.
Terima kasih semua. Semoga Allah sajalah yang membalas budi baik anda semua. Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar....
Hari ini dalam sejarah. Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Daerah Kuala Muda ingin mengucapkan tahniah kepada Cikgu Mohd Fadzril serta pasangannya Kamaliza kerana telah dipertemukan jodoh oleh Allah S.W.T. Syukur Alhamdulillah, skuad PSSGM Daerah Kuala Muda telah mengadakan demo khas untuk Cikgu Fadzril serta isteri. Isteri kepada Cikgu Mohd Fadzril juga merupakan anak gayong dan pernah aktif pada hujung 90an. Majlis juga turut diserikan dengan sepasang lagi mempelai iaitu Mohd Fahmi dan Fairuz Munirah. Mohd Fahmi merupakan adik kepada Cikgu Mohd Fadzril.
Majlis turut mengundang wakil PSSGM Negeri Selangor dari Gelanggang Kundang yang diketuai oleh Gurulatih Kanan Guru Din dan Cikgu Khairur. Wakil dari Selangor turut mengadakan demo pada hari tersebut. Diantara lain yang hadir adalah Guru Haji Ismail dari Pusaka Gayong Kepala Batas Pulau Pinang, Cikgu Eddy Gurulatih dari Negeri Perlis, Cikgu Ridhwan & Cikgu Rahim dari Selangor. Turut hadir gurulatih dari PSSGM Kuala Muda Guru Kassim, Cikgu Fauzi, Cikgu Fairos, Cikgu Mat Pomen dan Cikgu Radzi.
Kami anak-anak gayong Daerah Kuala Muda sekali lagi ingin mengucapkan tahniah kepada Cikgu Mohd Fadzril dan Kamaliza serta adik beliau. Semoga Allah memanjangakan umur, memurahkan rezeki serta dikurniakan anak yang banyak dan sihat. Amin.
No comments:
Post a Comment