Kursus Gurulatih PSSGM Negeri Kedah Di Jalan Lepai Bukit Pinang Kepala Batas
Kursus Gurulatih Peringkat Negeri Kedah Darul Aman yang julung-julung kalinya diadakan selepas sekian lama tidak diadakan. Ini mungkin menjadi satu platfrom baru untuk PSSGM Negeri Kedah untuk terus mengorak langkah maju kehadapan. Kursus telah diadakan di Jalan Lepai Bukit Pinang Kepala Batas Kedah dirumah Mak Teh iaitu kakak kepada Dato' Guru Adiwijaya. Terima kasih tidak terhingga kepada YDP Dato' Guru Adiwijaya Bin Haji Abdullah selaku Pengerusi PSSGM Negeri Kedah kerana beliau lah yang mencetuskan idea ini. Penglibatan seramai 55 orang anak-anak gayong yang mewakili seluruh daerah di Negeri Kedah. Dato' Guru Adiwijaya telah memberi amanat dan amanah kepada semua peserta kursus yang hadir pada hari tersebut. Diantara amanat dan amanah yang disampaikan adalah :
1 ). Menjaga amanah yang telah ditinggalkan oleh Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman
Mahaguru Silat Seni Gayong.
2 ). Menjadi seorang Gurulatih yang beretika, amanah, jujur, berdisplin dan ikhlas dalam memperjuangankan Gayong.
3 ). Menjadi seorang Gurulatih yang berdidikasi dalam membentuk anak bangsa. Menjadikan
Silat Seni Gayong sebagai wadah untuk terus memertabatkan seni budaya bangsa melayu.
4 ).Menjadi simbol perpaduan kepada bangsa melayu dan lain-lain lagi.
Cikgu Adi sendiri menjadi Gurulatih yang mengajar pada kursus ini. Terlalu banyak ilmu dan pengalaman beliau telah dicurahkan kepada anak-anak gayong. Ini akan menjadi pemangkin dan semangat kepada semua untuk terus memperjuangkan Seni Gayong.
'Kata Guru Adiwijaya Gayong hanyalah satu tiada 2 ataupun 3'.
Dato' Guru Adiwijaya bersama Cikgu Farah bergambar kenangan selepas daripada sesi latihan. Cikgu Farah merupakan anak gayong yang masih aktif di Kedah walaupun tinggal di bandar metropolitan Kuala Lumpur. Beliau acap kali turun ke negeri Kedah untuk mengikuti kursus yang diadakan.
Cikgu Adi sedang memantau pergerakan yang dilakukan oleh anak-anak gayong. Asas gerakan dan asas elakan ditekan oleh Cikgu Adi. Kata beliau,
' Jika ingin melahirkan anak gayong yang bermutu tinggi, Gurunya harus menjadi yang terbaik'.
Permainan pentas hidup sedang dimainkan oleh Cikgu Fairos Otham dan Cikgu Fadzril Abdullah. Kursus ini menekan para-para kursus untuk memantapkan lagi pelajaran yang telah dipelajari. Didalam masa yang sama silibis akan diselaraskan.
Serangan Maut atau Seni Kombat. Melatih para kursus supaya lebih cekap dan tangkas dalam melakukan tangkapan.
Kuncian sedang dilakukan oleh Cikgu Fairos. Gayong terkenal dengan kelasakan, kepantasan, kelicikan didalam kuncian. Cikgu Fairos merupakan anak gayong yang lama berbakti didalam pertubuhan. Bermula dari tahun 1986 sehingga sekarang masih meneruskan dengan tanpa rasa letih dan penat dalam berjuang.
Dari sebelah kanan Wan ( menantu Abah Kassim ) dan Redza menjadi pasangan pada hari kursus tersebut. Walaupun tinggalnya di Shah Alam Selangor, dengan semangat bergobar-gobar pulang ia ke ganggang.
Diantara peserta wanita yang turut mengikuti kursus pada kali ini. Kelihatan Cikgu Farah sedang dikunci. Syabas kepada mereka kerana sanggup mewakili kaum hawa untuk meneruskan perjuangan ADMAR.
Dua pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia turut mengikuti kursus kali ini. Bulat sedang mengunci Azizi.
Ini caranya untuk menguasai Seni Kombat.
Geng Guni Gayong sempat bergambar dengan saudara Redza, Cikgu Farah. Sempat lagi bergambar ketika masa rehat yang diberikan.
Anak didik Dato' Guru Adiwijaya dan sekarang menyandang jawatan sebagai Setiausaha Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Negeri Kedah iaitu Cikgu Azaman. Menyiapkan diri sebelum turun kegelanggang.
Suasana menjadi riuh rendah selepas selesai sesi pendaftaran. Kelihatan Cikgu Wan Bomba, Cikgu Chot dari Kuala Nerang, Cikgu Fairos dari Sungai Petani dan Cikgu Mat Isa dari Alor Setar. Suasana ini amat dirindukan kerana ia telah menjadikan anak-anak gayong erat sesama mereka.
Diantara tulang belakang PSSGM Negeri Kedah. Beliau mula mengajar Gayong di Kedah pada tahun 70an. Cikgu Mat Isa selaku salah seorang tenaga pengajar pada kursus pada kali ini. Panglima Hitam adalah gelarannya dan Timbalan Pengerusi PSSGM Negeri Kedah adalah jawatannya.
Cikgu Farah dan Cikgu Fadzril bergambar kenangan didepan pintu rumah Kakak kepada Cikgu Adiwijaya. Gurulatih Kanan Negeri Kedah iaitu Cikgu Yet.
Satu Gayong itu yang sedang dilaungankan oleh anak-anak gayong serta YDP Gayong. Bersatu akan menjadikan kita lebih kukuh dan maju.
Diantara tetamu terhormat yang hadir pada kursus ini. Anak kepada pengsas Seni Gayong iaitu Guru Sazali Bin Dato' Meor Abdul Rahman. Turut hadir Ustad Kholid serta 2 orang Cikgu dari Taiping Perak. Guru Sazali telah memberi sedikit ucapan ringkas kepada para-para kursus. Ucapan beliau yang penuh semangat dan bermakna akan menjadi api yang membakar semangat anak-anak gayong.
Walau badan sakit-sakit tetapi semangat untuk terus mendalami ilmu gayong mencekal hati.
Abah atau Guru Kassim Bin Awang selaku Pengerusi PSSGM Kuala Muda bergambar kenangan dengan Cikgu Farah.
Menghambur anak harimau. Cikgu Adiwijaya berhasrat untuk dipamerkan lompatan pada Himpunan Gayong Negeri Kedah yang akan diadakan pada bulan April ini.
Bersemangat Dato' Adiwijaya Bin Haji Abdullah membuat bara untuk membakar ayam pada malam kursus tersebut. Idea ini telah diterjemahkan oleh Cikgu Farah kerana berbesar hari untuk memberi sumbangan ayam dan ikan untuk dibakar pada malam tersebut. Idea ini dicetuskan oleh oleh Cikgu Adi.
Masa rehat yang diambil untuk mengulang kaji pelajaran Seni Keris.
Para peserta dari Daerah Kuala Muda sedang menjamu selera. Makanan yang disediakan oleh pihak pengursan amatlah berpuas hati.
Nama jolokan yang diberikan oleh Cikgu Adiwijaya kepada Azizi, Fadzril, Fairos dan Bulat. Azizi dengan panggilan manjanya Guni Jaloq, Bulat pula dengan gelaran Guni Gula, Fairos pula si Guni Baja dan Fadzril Si Guni JKR. Ini merupakan saat paling manis yang pernah kami dapat kerana dapat merasakan sendiri tangan Cikgu Adiwijaya.
Mungkin ini yang dicari, mungkin ini yang digali oleh semua anak-anak gayong yang cintakan warisan bangsa melayu ini. Walapun tidur hanya dikhemah kerana penempatan tidak mencukupi. Ini bukan alasan untuk belajar dan mendalami ilmu gayong. Bagi kami dari PSSGM Daerah Kuala Muda, berkhemah akan menjadikan kita lebih berdidikasi dan wajadiri kerna mengajar kita lebih berdisplin dengan keadaan sekeliling. Terima kasih kepada Mak Teh iaitu kakak kepada YDP Gayong Kedah kerana sanggup menjadikan rumahnya sebagai tempat kami menimba ilmu. Keadaan rumah yang sungguh selasa dan makanan yang sungguh sedap amatlah kami hargai. Makanan disediakan sebanyak 5 kali sehari.
Selepas berjayanya program ini, YDP PSSGM Negeri Kedah / Kebangsaan Dato' Guru Adiwijaya Bin HAji Abdullah akan membuat kursus lanjut pada 23 hingga 26.Mac.201 bertempat yang sama dan mengabungkan 3 negeri iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pianang. Seramai 100 orang pesertakan menjalankan kursus kali ke-2 ini. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi PSSGM negeri masing-masing. Kami berharapkan agar program ini akan menjadi kenyataan. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini. Tanpa anda siapalah kami. Akhir kata dari kami, dengarlah serangkap pantu dari kami.
Menadah Tangan Memohon Restu Dari Illahi,
Mengharap Program Kali Ke-2 Direstui,
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui,
Hasrat Anak - Anak G0yong Ini.
seGAYONG, seKENDI, seJALAN,sePERIGI................Gayong akan terus melangkah......
5 comments:
yang pakai cermin mata dan berbaju putih bergambar dengan cikgu sazali dan ustaz kholid 2..cucu saudara dato' meor..tahniah gayong kedah..
Salam Adi....
Terima kasih diatas pemberian info andi. Dikatakan mereka berasal dari Kedah jugak dan pernah belajar dibawah Cikgu Adiwijaya. Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak Adi.
cucu saudara dato' 2 dibesarkan di kota sarang semut..sayang gelanggang 2 dah dijual.
Terima Kasih Adi,
Ooooo...Baru saya tahu itu adalah anak saudara ADMAR. Anak kepada kakak ADMAR ka. Syukur alhamdulillah kerana dapat juga berjumpa dengan pewaris keturunan beliau. Insyallah PSSGM Negeri Kedah akan mengadakan GAYONG PERDANA peringkat negeri pada bulan 4 bertempat di Kolej Sultan Abdul Hamid. Cuma tarikhnya masih belum diputuskan lagi.
Post a Comment