SILAT SENI GAYONG MALAYSIA DICIPTA DAN DIASASKAN OLEH ALLAHYARHAM MAHAGURU DATO' DAENG MEOR ABDUL RAHMAN BIN DAENG UDA MOHD HASHIM. PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA ADALAH SEBUAH PERTUBUHAN YANG BERDAFTAR DENGAN JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN NEGARA 22 OKTOBER 1963 (RUJUKAN 361) PADA MULANYA, DAN KEMUDIANNYA PULA DIDAFTARKAN KEPADA PESURUHANJAYA SUKAN PADA 31 JULAI 1998 (RUJUKAN PPS 0149/98)

Gurulatih Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Daerah Kuala Muda Kedah.

Gurulatih Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Daerah Kuala Muda Kedah.

Sahabat Seperjuangan :


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
~Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala~

Tauladan Melalui Kepimpinan.

Cuaca di luar sungguh panas terik. Ketika itu Sayidina Usman Bin Affan sedang berehat di rumahnya. Dari tingkap rumahnya dia melihat seorang lelaki yang sudah berumur berjalan terhoyong-hayang menutupi mukanya dari kepanasan dan debu. Sayidina Usman kehairanan. Siapakah lelaki yang sanggup berjalan di tengah panas itu sedangkan orang lain semuanya berteduh. Pasti dia sedang dalam kesusuhan. Kemudian lelaki itu kelihatan memegang seekor sapi pada tali kekangnya. Sayidina Usman memanggil lelaki yang tidak dikenali itu supaya berlindung di rumahnya dari panas yang membara. Setelah lelaki itu tiba di halaman rumahnya, Sayidina Usman terperanjat kerana rupa-rupanya dia adalah Amirul Mukminin, Khalifah Umar Al-Khattab. Sayidina Usman segera keluar dari rumahnya dan bertanya. "Engkau dari mana wahai Amirul Mukminin". Sayidina Umar menjawab, "Sebagaimana yang engkau lihat aku sedang mengheret sapi ini". "Siapakah pemiliknya?" tanya Saidina Usman dengan hairan. Sebab biasanya Sayidina Umar tidak begitu merisaukan harta bendanya. "Ini adalah kepunyaan anak-anak yatim yang telah terlepas dari kandangnya dari berlari di jalan. Aku telah mengejarnya sehingga sekarang telah pun tangkap." Sayidina Usman bertanya lagi, "Tidak adakah orang lain yang boleh melakukan pekerjaan itu tanpa engkau sendiri sebagai khalifah?" Sayidina Umar menjawab dengan tegas, "Siapakahyang bersedia menebus dosaku di hari perhitungan nanti? Mahukah orang itu memikul tanggungjawabku di hadapan Tuhan? Kekuasaan adalah amanah bukan kehormatan." Sayidina usman mencadangkan supaya khalifah berhenti berehat sebentar sementara menuggu cuaca agak redup. Namu Sayidina berkata, "Kembalilah ke rumahmu, biarlah aku selesaikan kewajipanku." Maka Khalifah Umar Al-Kattab pun meneruskan perjalanannya. Sayidina Usman hanya melihatnya pergi dengan air mata membasahi pipi. "Engkau merupakan cermin sebagaimana seharusnya menjadi kewajipan seorang pemimpin negara dan merasa berat dirasakan oleh khalifah selepasmu. Pemimpin yang beriman merasa bimbang dengan jawatan yang disandanya kerana tanggungjawabnya sungguh berat. Berbeza dengan manusia kini yang berlumba-lumba inginkan jawatan supaya dapat menggunakan kuasa dan wang yang ada padanya.

"Marilah sama-sama kita merenung diri kita". Adakah kita melakukan tanggungjawab yang telah diberikan dengan sebaiknya. Sama-samalah kita mengambil iktibar daripada kisah tersebut.

Senarai Ahli Jawatankuasa Pusat PSSGM 2012 - 2014

Yang diPertua PSSGM-
Datuk Adiwijaya Abdullah

Timbalan Yang diPertua 1-
Cikgu Mohd Faid Musa

Timbalan Yang diPertua 2-
Datin Feridah Abu Johan

Naib Yang diPertua 1-
Cikgu Sazali Dato Meor Rahman

Naib Yang diPertua 2
Cikgu Anuar Abd Hamid

Naib Yang diPertua 3-
Cikgu Rasul


BARISAN AJK 2012 - 2014
Ckgu Rahim Masrom
(Pahang)
Cikgu Shahsuzanni Abu Bakar
(Perlis)
Cikgu Tengku Aminudin
(N.9)
Cikgu Raja Zulkifli Raja Abu Bakar
(Penang)
Ckgu Mat Isa Mustafa
(Kedah)
Cikgu Razani Hassan
(Kelantan)
Cikgu Abd Aziz Hj Othman PJK
(Selangor)
Cikgu Mohd Nor Abdul Samad
(Johor)
Mas Shariffah Mismat
(Perak).
Cikgu Haji Sani Morni
(KL)

Ahli Jawatan Kuasa Negeri Kedah Darul Aman.

SENARAI JAWATANKUASA TERTINGGI PSSGM NEGERI KEDAH 2010/2011

YANG DIPERTUA
DATO ADIWIJAYA BIN HJ ABDULLAH

TIMBALAN YANG DIPERTUA
EN. MD ISA BIN MUSTAFFA

NAIB YANG DIPERTUA I
EN. MOHD IZUAN BIN AZMI

NAIB YANG DIPERTUA II
EN. KASSIM BIN AWANG

SETIAUSAHA
EN. AZMAN BIN AHMAD

BENDAHARI
EN HAJAZI BIN HANAPI

Alamat Ibu Pejabat PSSGM Pusat :

Lot 119 Tingkat 2,
Putri Park Plaza,
Taman Putri, Jalan 28,
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan.

Telefon Pejabat : 03 - 4295 8767
No Fax : 03 - 4295 5800

Di sebalik Lambang Gayong

Lambang atau logo Silat Gayong diilhamkan oleh Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman dan telah dilukis oleh Pendita Za'ba di Singapura. Lambang yang menjadi lencana atau terpapar pada dokumen rasmi dan sijil Silat Gayong mempunyai makna dan pengertian tertentu.

BULAN DAN BINTANG
Melambangkan agama Islam dan syiarnya berada di puncak dunia. Silat Gayong meletakkan agama di tempat yang paling tinggi sebagai penyuluh hidup. Ia juga melambangkan agama Islam menjadi teras perguruan persilatan ini.

BUMI
Menunjukkan bahawa Silat Seni gayong akan berkembang ke seluruh dunia khasnya untuk semua muslim.

BEJANA AIR
Simbolik kepada universaliti ilmu Silat Seni Gayong. Apa yang didapati atau dilihat pada senibela diri lain samada tempatan atau luar negeri telah wujud dalam Silat Seni Gayong. Silat Seni Gayong ialah ilmu persilatan asli yang tidak diciplak dan boleh ditimba sentiasa umpama air yang tidak akan putus. Ia juga melambangkan kesatuan hati dan bulat kata kerana sepakat. Bak kata pepatah Melayu, “ Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana sepakat ”. Murid Gayong mestilah berpadu untuk menegakkan yang hak.

HARIMAU
Melambangkan keberanian dan kepahlawanan di darat. Ia menonjolkan identiti atau corak pelajaran Silat Seni Gayong yang diasas dari sifat dan ketangkasan seekor harimau. Resam harimau menyembunyikan kukunya, di kala tertentu sahaja ia akan menzahirkan kekuatan dan ketajaman cengkaman kukunya yang boleh mematah dan membunuh mangsanya dalam beberapa saat sahaja.

NAGA
Menunjukkan bahawa Silat Seni Gayong bukan sahaja boleh diguna di darat, bahkan juga di dalam air. Logo naga ini dipercayai telah dihadiahkan oleh Maharaja China kepada Allahyarham Dato’ Laksamana Hang Tuah atas keberanian dan kehandalannya semasa melawat negeri China dahulu. Naga juga merupakan simbol yang berkaitan dengan proses kelahiran Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman sendiri. Kedudukan naga yang melingkungi dunia di mana kepalanya hampir bercantum dengan ekor melambangkan ilmu Silat Seni Gayong akan terkenal ke seluruh dunia.

KERIS BERSILANG
Simbolik kepada semangat Laksamana terbilang melayu, Hang Tuah dan Hang Jebat. Hang Jebat mati sewaktu menjadi Laksamana. Jawatan Laksamana tidak diambil semula oleh Hang Tuah selepas kematian Hang Jebat. Keris dalam lambang tersebut adalah keris Tamingsari yang pernah digunakan oleh kedua-dua laksamana tersebut. Keris yang merupakan salah satu pelajaran yang diajar kepada murid Gayong adalah satu lambang senjata asli bangsa Melayu. Ini membuktikan Silat Seni Gayong adalah silat melayu seni warisan bangsa yang asli dan tulen.

PEDANG BERMATA DUA
Melambangkan pedang Zulfakar kepunyaan Saidina Ali r.a. yang terukir kalimah suci dari Al – Quran bermaksud "Kemenangan daripada Allah dan kejayaan yang hampir" di sepanjang mata pedang tersebut. Ia bertujuan mengenang kembali perjuangan para sahabat menegakkan Islam di zaman Jahilliyah.

HITAM CULA VII
Melambangkan Bengkung Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti Gangga Negara, bengkong peribadi Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman bin Tengku Daeng Uda Mohd Hashim, Mahaguru Silat Seni Gayong. Di sebalik lambang tersebut, ia bermaksud Silat Seni Gayong bersendikan adat, adatlah yang mengawasi perjalanan Silat Seni Gayong. Tanpa adat, Silat Seni Gayong akan hilang kedaulatan. Oleh itu, menjadi kewajipan semua murid Gayong untuk mempertahankan adat agar hala tuju dan matlamat Silat Seni Gayong tidak diselewenegkan.



Bendera Rasmi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.

Bendera Rasmi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.
Empat Warna Melambang Kesempurnaan. Anak- Anak Gayong Membawa Panji Kesaktrian. Panji Di Kibar Melambang Kegagahan. Pantang Menyerah Walau Nyawa Terkorban.

Erti di Sebalik Warna Rasmi Gayong

PUTIH
(Suci/Bersih)

Disebalik pakaian serba hitam berserta darjat dan pangkat yang diterima ,ia sebenarnya hanyalah kulit untuk memperbezakan kedudokkan tetapi hakikat yang sebenarnya adalah jiwa(yang tersembunyi) yang suci dan bersih memperjuangkan semata2 kerana amanah dan tanggung-jawab yang harus dipikul.

Bukan untuk kemegahan dan kebanggaan yang perlu ditayang-tayang maka timbul penyakit sombong, bongkak dan angkuh.Maka banyak yang tewas dipertengahan jalan kerana sikap yang burok dan jelek ini.

'Hitam adalah bayang-bayang yang didedahkan dan terhijab kapada yang suci dan bersih……… dan putih adalah satu perbendaharaan yang berselindung disebalik bayang-bayang. Jadi,pendedahan tidak semestinya satu kejayaan dan kemenangan. Dan yang tersembunyi bukan bererti ia dalam kegelapan.Demi kebenaran dan ketulinan sesuatu Ilmu,ia harus diperjuangkan melalui pengabdian dan pengorbanan,bukan untuk meraih kemenangan dan kejayaan peribadi……..sebab ia terlalu luas untuk dicapai dalam masa yang singkat.'


HIJAU
(Agama)

SYARAT2 UNTUK MENJADI AHLI GAYONG:-

Tiada pantang larang dalam Ilmu SSG.
Hukum Agama sebagai panduan.
Lakukan apa yang diperintah, dan tinggalkan perkara2 yang ditegah.

IKRAR AHLI GAYONG:-

Bahwa sanya aku (nama pesilat)Mengaku taat setia menjadi murid Silat Seni Gayong dan menjadi ahli Gayong. Aku mengaku taat setia kapada Allah dan Baginda Rasul Allah s.a.w. Aku mengaku taat setia kapada Mahaguru Silat Seni Gayong dan juga wakil-wakilnya.

Aku mengaku taat setia kapada Ibu dan Ayah ku sendiri dan juga ahli sekeluarga dengan ku.

Bahwasanya aku mengaku taat setia kapada yang berhurmat President dan juga Kerajaan Negri.

Ya Allah,tunjukan aku kejalan yg benar,jauhi diriku dari jalan yg salah.
Ya Allah,murahkan rezekiku,jauhi diriku dari mala-petaka jin dan iblis dan juga ma'nusia yg niat khianat keatas diriku dan negaraku.

Inilah ikrar taat setia kapada negaraku.
Amin,Amin,Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Lafaz menerima ijazah : 'Aku terima ijazah daripada Mahaguru dengan berkat sufaat Baginda Rasul Allah s.a.w.'

'Jangan sekali-kali derhaka kapada kedua IbuBapa dan Guru…. ……..Ibarat berdosa kapada Allah dan derhaka kapada Muhammad'

MERAH
(Darah Pahlawan/Berani)

Berani kerana benar dan perjuangkan kerana kebenaran.
Jauhi sikap-sikap sombong dan bongkak,angkuh,riak dan takabur serta darah yang bergelombang dengan hawa-nafsu rakus dan sarakah kerana kedudukan dan pangkat. Wabak yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan wabak yang tidak ada ubatnya melainkan kesedaran diri sendiri.

Inilah penyakit yang tidak bolih dirasai yang berselindung disebalik jasad yang hanya memandang pada keindahan sahaja. Engkar dengan pegangan sabagai pejuang dan takut pada pengurbanan. Apabila sudah menerima kedudukan dan pangkat,akan menjadi TUAN dan menolak fahaman yang berunsur pengabdian.

"YANG BENAR ITU INDAH……….NAMUN YANG INDAH TIDAK SEMUA-NYA BENAR!".

KEKUATAN tidak akan dapat mengatasi KEBENARAN sebab kedua-duanya hak Allah dan penentuan Allah.

Sebaik-baik senjata adalah senjata yang dapat melenturkan dan menewaskan musoh tanpa pergaduhan dan peperangan iaitu kata-kata hikmah-bijak berkata-kata dengan perlaksanaan yang seimbang maka terbentuklah insan 'bijak laksana' dengan akhlak kerendahan-diri yang mulia.

"Kata-kata yang berhikmah lebih hebat dari keris yang berbisa"

KUNING
(Berdaulat)

Sejarah sudah menentukan!.
Perjuangan bermula dari anak2 Raja Bugis yang bernama Daeng Marewah Ibni Daeng Relaga Tandriburang (Kelana Jaya Putera),Yang DiPertuan Muda I- Memerintah Riau,Lingga,Johor dan Pahang pada tahun 1722 hingga 1728. Daeng Celak Ibni Daeng Relaga Tandriburang, Yang DiPertuan Muda II-Memerintah Riau,Lingga,Johor dan Pahang pada tahun 1728 hingga 1745.

Memperjuangkan dan menyebar Agama Islam di-kepulauan Riau dan menentang pencerobohan.Maka dari itu perlaksanaan Adat-Istiadat yang sudah sedia-ada bermula berkurun2 lamanya. Cukup dengan Tata-Susila dan Tata-Keramanya yang amat tinggi.

'Adat menentukan budi-pekerti yang luhur,tutur-bahasa dan budi-bicara yang penuh kesopanan, berserta pelaksanaan yang cukup tertib…………………… …………………….Persilatan tanpa Adat-Istiadat umpama pohon yang tiada berakar'

HITAM
(Bayang-Bayang/Rahsia)

Apa ertinya Adat-Istiadat Perlimau Tapak dan mengapa harus melalui upacara ini untuk menjadi ahli Silat Seni Gayong? .

Amanah Al-Marhum Dato' Meor Abdul Rahman:-

"Barangsiapa yang tidak menjalani Adat-Istiadat Perlimau Tapak Silat Seni Gayong, ia tidak bolih di-iktirafkan sebagai murid Gayong dan sama-sekali tidak sah mengaku dirinya ahli Gayong"

'Setiap bayang-bayang bergerak mengikut ampunya bayang-bayang, tidak akan dapat mengenal sesuatu rahsia jika tidak kenal ampunya rahsia'

Lagu Rasmi Gayong

Lagu Rasmi Gayong

Wednesday, February 22, 2012

Agenda 2012 PSSGM Daerah Kuala Muda ( Mandi Minyak )

Salamun alaik'.......

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.... Syukur kepada Allah kerana sekali lagi kita dapat menghirup udara segar yang dikurniakan oleh Allah kepada kita si hamba Allah. Setiap yang hidup sudah pasti wajib tunduk dan patuh kepada Allah akan segala yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang. Didalam kita menjalani ibadah harian, silat juga merupakan tuntutan Islam keatas hambanya. Mempelajari seni mempertahankan diri merupakan salah satu sunnah Rusullah S.A.W. Maka kita sebagai umat Islam semestinya mempelajari seni mempertahankan diri seperti yang disarankan oleh Rusulluh S.A.W Insyallah. Sama-sama kita menjunjung tinggi sunnah Rusullah S.A.W. Moga-moga kita mendapat syafaat dari kita mengamal sunnahnya.

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Daerah Kuala Muda didalam perancangan akan mengadakan Majlis Mandi Minyak peringkat Daerah Kuala Muda. Didalam perancangan asal majlis tersebut akan diadakan pada pertengahan tahun 2012. Agenda ini telah pun dibincangkan oleh ahli jawatankuasa daerah pada tahun lepas. Memandangakan majlis mandi minyak sudah lama tidak diadakan. Dahulunya Dalang Mandi Minyak adalah Allahyarham Guru Shuib Bin Husin. Semenjak pemergian beliau, tiada lagi majlis mandi minyak diadakan didaerah Kuala Muda. Maka dengan itu, PSSGM Daerah cuba mengatur satu majlis mandi minyak pada tahun 2012. Ini juga merupakan aktiviti tahunan yang diatur bertujuan untuk meraikan anak-anak gayong yang tidak pernah mengalami mandi minyak.

Pihak PSSGM Daearah Kuala Muda tidak lagi menetapkan siapakah yang akan menjadi dalang mandi minyak. Insyallah YDP PSSGM Daerah Kuala Muda iaitu Tuan Guru Kassim Bin Awang akan mengumunkan didalam masa terdekat ini. Kami dari anak-anak gayong Daerah Kuala Muda memohon kepada Allah S.W.T agar memudahkan cara, memberi keberkatan akan majlis ini. Sama-samalah kita mendoakan agar majlis dapat diadakan seperti didalam perancangan.

Mandi Minyak Banyak Khasiatnya,
Mohon Agar Badan Bertahan Lama,
Adat Dan Adab Disusuli Hendaknya,
Agar Seni Gayong Tidak Hilang Di Dunia.

Friday, February 17, 2012

Gayong Perdana Sedunia & Sambutan Jubli Emas 50 Tahun.


Pendaftaran Gayong

Pada awal tahun 1959, Dato' Meor Abdul Rahman telah mendaftarkan Sekolah Gayong Woodlands sebagai sebuah institusi yang mengeluarkan sijil dan diploma kepada peserta yang lulus kursus yang dianjurkan. Sekolah ini menjalankan aktivitinya di No. 13-A, Lorong Fatimah, Woodlands, Singapura.

Tidak beberapa lama kemudian, Y.A. Bhg. Dato' Onn selaku Waris Beradat dan Penasihat Agung Silat Seni Gayong telah mengusulkan kepada Dato' Meor Abdul Rahman agar mendaftarkan Silat Seni Gayong sebagai sebuah pertubuhan. Ini kerana Dato' Onn melihat pergerakan Silat Seni Gayong atas landasan perniagaan tidak mampu mencapai maksud dan matlamat perjuangan Silat Seni Gayong.

Syor Dato' Onn dipersetujui oleh Dato' Meor Abdul Rahman dan disokong kuat oleh YAM Tengku Laksamana Kedah, Tunku Kassim ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halimshah. Dalam tahun 1959, permohonan untuk menubuhkan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaya dikemukakan.

Malangnya, pendaftaran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaya telah ditolak oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Ini kerana menurut satu sumber, YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj bimbang jika sekiranya Dato' Onn dan Tunku Kassim menggunakan platfom Pertubuhan silat Seni Gayong Malaya bagi tujuan politik dan menjadi ancaman kepada UMNO.

Seterusnya dalam tahun 1962, Dato' Onn mencadangkan agar permohonan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaya dimajukan semula dengan memasukkan beberapa pindaan dalam perlembagaannya. Pindaan itu bertujuan mengasingkan pergerakan Silat Seni Gayong daripada parti siasah dan mengkhususkannya kepada kegiatan sukan dan sosial.

Pada 22 haribulan Oktober 1963, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaya diluluskan dengan pindaan memasukkan perkataan Malaysia. Nombor pendaftarannya ialah 361/63 Johor Baharu dan merupakan pertubuhan senibela diri pertama berdaftar di Malaysia.

Dalam tahun 1976, murid Gayong dianggarkan seramai 500,000 orang di seluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia. Pada dekad ini, Silat Seni Gayong bukan sahaja telah diterima oleh masyarakat kampung, bandar, sekolah dan universiti malah memasuki pasukan polis, tentera dan istana.

Di bawah pendaftaran Akta Pertubuhan 1964, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia sehingga tahun 1997 mempunyai cawangan dan bahagian di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia. Di luar negara juga, Silat Seni Gayong mendapat sambutan di mana ia mempunyai gelanggang antaranya di Australia, Mesir, Iraq, Perancis dan Amerika Syarikat. Keahlian murid Silat Seni Gayong di Malaysia sahaja pada masa ini dipercayai melebihi angka 700,000.


Koleksi Gambar Sempena Gayong Perdana Antarabangsa & Sambutan Jubli Emas 50

Yang Bahagia Dato' Guru Adiwijaya Bin Haji Abdullah selaku Presiden Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia & Serantau telah turut sama mengadakan demontarsi pemecahan bersama-sama anak-anak gayong. Untuk pengetahuan umum, beliau merupakan salah seorang jaguan pemecahan satu ketika dahulu. Anak-anak gayong amat berbesar melihat demo dari guru tua. Walau usia telah melebihi setengah abad tetapi jiwa gayong tetap utuh dan bersemangat.

"Trade Mark" Gayong. Seni Lompatan amat sinonim dengan Silat Seni Gayong. Ia menjadi acara wajib setiap kali adanya persembahan.


Penyambung dan Pewaris generasi seterusnya. Anak-anak gayong teramat ghairah sekali untuk mempersembahkan aksi-aksi yang telah diaturkan kepada mereka.

Ini merupakan sebahagian dari anak-anak gayong dari luar negara. Diantara yang hadir adalah dari USA, France, Syria, UK, Singapura, Indonesia, Thailand dan lain-lain lagi.

Guru Rosul menunjukan kehandalan membengkong besi dengan mengunakan kerongkong. Bukan mudah untuk dilakukan jika tiada kemahiran dan latihan yang betul. Bila mana Guru Tua mula menunjukan aksi si anak gayong terpaut dan memuji.

Gurulatih dari USA Joel bersama dengan Guru Mat bersama-sama bergambar kenangan dengan anak-anak gayong kampung Pulau Tengah.

Redza dengan aksi selamber. Mungkin sedang mengatakan sesuatu kepada jurugambar yang mengambil gambarnya.
Ketibaan Yang Amat Berbahagia Dato' Seri Haji Mohd najib Bin Tun Haji Abdul Razak bersama dengan Dati' Seri Paduka Rosmah Bin Mansor. YAB Perdana Menteri merupakan Iman Khalifah Agong Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.
Anak-anak yang berbakat besar. Walaupun kecil si cili api tetapi jiwa amat besar untuk terus memperjuangan warisan bangsa.
Yang Amat Berbahagia Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim merupakan tetamu VVIP. Aksi bersahaja YAB dengan kameranya.

Sang Singa Barat sedang berentap dengan Guru Tua Rasol. Aksi permainan seni keris dipersembahkan oleh mereka berdua.

"PARANG GILA" dari pasangan kembar upin dan ipin. Ganas, lincah, ngeri persembahan dari Cikgu Man Batu dan Cikgu Min. Persembahan mereka telah mendapat pujian dari YAB Perdana Menteri.

Yang Amat Berbahagia Dato' Seri Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak selaku Iman Khalifah Agong Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau sedang memberi ucapan.

Guru Ridzwan Razak ( Kumbang Hitam ) bersama dengan Cikgu Zul Sawa bergambar kenangan dengan Cikgu Fadzil dari Gelanggang Daeng Kuning Kampung Melayu Subang.

Pendita Mufti Ansari sedang melakukan aksi menghiris. Pertunjukan yang mendapat perhatian oleh anak-anak gayong yang hadir.

Pemecah buah kelapa juga merupakan "TRADE MARK" Silat Seni Gayong.

Guru Tua Rasol sedang membengkong besi. Kelihatan Cikgu Joel Champ atau dengan gelaranya Singa Barat sedang menahan nafas.

Aksi pesilat dari luar negara beraksi.

Seni Gayong telah berkembang keseluruh dunia. Aksi-aksi dari pesilat luar negara telah menunjukkan Silat telah diterima oleh bangsa barat.

Seni Kuncian sedang dipersembahkan.

Dua pemimpin besar.


Dato' Seri Ali Rustam juga merupakan tetamu VVIP yang hadir.

Panglima Pelangi Hitam dari Utara Tanah Air. Dari kanan Guru Mat Isa dari Negeri Kedah Darul Aman dan Cikgu Shah dari Negeri Perlis.


Guru Tua Sani Morni bersahaja dengan pakaian biasa. Mungkin ada sesuatu sedang diperhatiakan oleh beliau.

Pangliam Pelangi Hitam Guru Rahim sebaris dengan pimpinan-pimpinan PSSGM Daerah Kuala Muda.

Tiga Gurulatih dari Daerah Kuala Muda segak bergaya dengan pakaian adat. Dari kiri Guru Kassim, Cikgu Fauzi dan Cikgu Fairos.

Ya Allah kami bersyukur kepada Mu kerana dengan izin Mu dapat jua majlis raksasa ini dilangsungkan. Pada tanggal 10.2.2012 telah menjadi sejarah dan lembaran baru buat Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia & Serantau. Satu majlis Perdan Gayong Antarabangsa serentak dengan sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia ditubuhakan telah diadakan di Padang Awam Seremban. Dianggarkan seramai 8 ribu anak-anak gayong menyertai perhimpunan tersebut. Dari PSSGM Daerah telah menghantar 3 buah bas dan keseluruhan 14 buah bas dari PSSGM Negeri Kedah. Pelbagai aktiviti yang dilangsungkan pada hari tersebut yang melibat peserta luar negara dan dalam negara. Majlis bermula pada jam 2.30 petang.

Ngauman Bergema Di Negeri Beradat
Teriak Si Anak Gayong Melaung Semboyan
Pendekar Melayu Terus Maju Kedepan
Membela Agama, Bangsa Dan Negara.



Thursday, February 2, 2012

7

Allahyarham Dato' Daeng Meor Abdul Rahman Bin Daeng Uda Mohd Hashim Mahaguru Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia & Serantau iaitu Pengasas Dan Pencipta.

"Jangan jadi seperti asap yang bila naik semakin tinggi tetapi hilang entah kemana". Begitulah resamnya bila hanya mengejar gelaran atau pangkat diatas dunia. Kini kita digemparkan dengan isu yang sangat panas. Isu tersebut adalah berkenaan dengan bengkong HPCS 7 yang telah dipakai oleh GURULATIH-GURULATIH PROPAGANDA yang tidak bertanggungjawab dan amanah. Bukankah kita sudah sedia maklum bahawasanya CULA 7 hanya MILIK KEKAL ADMAR. Tapi kenapa masih ada GURULATIH-GURULATIH PROPAGANDA yang dikatakan menuntut directly dengan ADMAR tapi masih tidak faham dan mengerti akan perkara semudah ini. Ilmu ini perlu diamal jika tidak tiada jadinya.

Dimana letaknya nilai adat dan adab. Bukankah Silat Seni Gayong ini bersendikan adat berlambangkan BULAN DAN BINTANG tapi kenapa ianya tetap terjadi. CULA 7 telah pun DIGEZETKAN sebagai hak mutlak MAHAGURU.

"Bengkung Harimau Pelangi Cula Sakti 7- Kuasa Mahaguru sebagai eksekutif pentadbiran dan ilmu tertinggi".

Kami disini bukan hendak mencari salah siapa. Cumanya kami anak-anak gayong yang masih mentah daif lagi hina ini hanya ingin melihat amanah dan tanggung jawab yang dipikul sama-sama dapat dibawa bersama-sama. Tidak mahu lahir generasi seterusnya dengan secara tidak langsung diajar dengan pembohongan fakta dan sejarah sebenar. Itu sahaja yang kami harapkan. Pihak yang berkenaan tidak kira dari mana-mana pertubuahan silat SENI GAYONG ambil tindakan segera. Bendung lah sebelum ianya menjadi lebih teruk. Umat ISLAM diajar dengan mencegah lagi baik dari mengubati. Sama-samalah kita saling ingat mengingati.

Anak Gayong Lincah Berlangkah
Bertari Indah Bak Bunga Tanjung
Ilham Menyusul Anugerah Allah
Jagalah Amanah Jagalah GAYONG.

Allahuakbar....Allahuakbar....Allahuakbar...

Allahyarham Guru Tua Shuib bersama barisan pendekar GAYONG.

Allahyarham Guru Tua Shuib bersama barisan pendekar GAYONG.
Gambar kenangan ini diambil bersempena ujian kenaikan bengkong "AWAN PUTIH" dan "PELANGI HIJAU". Dari kiri Cikgu Mat, Allahyarham Guru Shuib, Guru Mail, Cikgu Fauzi dan Cikgu Fairos.

Allahyarham Guru Tua Shuib Bekas Pengerusi Beradat Kedah Darul Aman.

Allahyarham Guru Tua Shuib Bekas Pengerusi Beradat Kedah Darul Aman.
Perginya sebuah permata yang amat bernilai untuk kami iaitu Guru Tua Shuib B. Husin.Pengorbanan beliau dalam mengembangkan Seni Gayong terutama sekali di Daerah Kuala Muda tidak dapat disangkal lagi. Kebanyakan anak-anak gayong di Daerah Kuala Muda adalah dibawah asuhannya satu ketika dahulu. Seluruh hidupnya telah diabadikan dalam mengembangkan Seni Gayong. Kini Guru Tua Shuib B. Husin hanya tinggal nama. Allah terlebih dahulu memanggilnya untuk menghadap yang Maha Esa. Jasa dan pengorbanan beliau tetap kami akan kenangan dan akan meneruskan perjuangan yang telah ditinggalkan.