SILAT SENI GAYONG MALAYSIA DICIPTA DAN DIASASKAN OLEH ALLAHYARHAM MAHAGURU DATO' DAENG MEOR ABDUL RAHMAN BIN DAENG UDA MOHD HASHIM. PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA ADALAH SEBUAH PERTUBUHAN YANG BERDAFTAR DENGAN JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN NEGARA 22 OKTOBER 1963 (RUJUKAN 361) PADA MULANYA, DAN KEMUDIANNYA PULA DIDAFTARKAN KEPADA PESURUHANJAYA SUKAN PADA 31 JULAI 1998 (RUJUKAN PPS 0149/98)

Gurulatih Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Daerah Kuala Muda Kedah.

Gurulatih Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Daerah Kuala Muda Kedah.

Sahabat Seperjuangan :


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
~Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala~

Tauladan Melalui Kepimpinan.

Cuaca di luar sungguh panas terik. Ketika itu Sayidina Usman Bin Affan sedang berehat di rumahnya. Dari tingkap rumahnya dia melihat seorang lelaki yang sudah berumur berjalan terhoyong-hayang menutupi mukanya dari kepanasan dan debu. Sayidina Usman kehairanan. Siapakah lelaki yang sanggup berjalan di tengah panas itu sedangkan orang lain semuanya berteduh. Pasti dia sedang dalam kesusuhan. Kemudian lelaki itu kelihatan memegang seekor sapi pada tali kekangnya. Sayidina Usman memanggil lelaki yang tidak dikenali itu supaya berlindung di rumahnya dari panas yang membara. Setelah lelaki itu tiba di halaman rumahnya, Sayidina Usman terperanjat kerana rupa-rupanya dia adalah Amirul Mukminin, Khalifah Umar Al-Khattab. Sayidina Usman segera keluar dari rumahnya dan bertanya. "Engkau dari mana wahai Amirul Mukminin". Sayidina Umar menjawab, "Sebagaimana yang engkau lihat aku sedang mengheret sapi ini". "Siapakah pemiliknya?" tanya Saidina Usman dengan hairan. Sebab biasanya Sayidina Umar tidak begitu merisaukan harta bendanya. "Ini adalah kepunyaan anak-anak yatim yang telah terlepas dari kandangnya dari berlari di jalan. Aku telah mengejarnya sehingga sekarang telah pun tangkap." Sayidina Usman bertanya lagi, "Tidak adakah orang lain yang boleh melakukan pekerjaan itu tanpa engkau sendiri sebagai khalifah?" Sayidina Umar menjawab dengan tegas, "Siapakahyang bersedia menebus dosaku di hari perhitungan nanti? Mahukah orang itu memikul tanggungjawabku di hadapan Tuhan? Kekuasaan adalah amanah bukan kehormatan." Sayidina usman mencadangkan supaya khalifah berhenti berehat sebentar sementara menuggu cuaca agak redup. Namu Sayidina berkata, "Kembalilah ke rumahmu, biarlah aku selesaikan kewajipanku." Maka Khalifah Umar Al-Kattab pun meneruskan perjalanannya. Sayidina Usman hanya melihatnya pergi dengan air mata membasahi pipi. "Engkau merupakan cermin sebagaimana seharusnya menjadi kewajipan seorang pemimpin negara dan merasa berat dirasakan oleh khalifah selepasmu. Pemimpin yang beriman merasa bimbang dengan jawatan yang disandanya kerana tanggungjawabnya sungguh berat. Berbeza dengan manusia kini yang berlumba-lumba inginkan jawatan supaya dapat menggunakan kuasa dan wang yang ada padanya.

"Marilah sama-sama kita merenung diri kita". Adakah kita melakukan tanggungjawab yang telah diberikan dengan sebaiknya. Sama-samalah kita mengambil iktibar daripada kisah tersebut.

Senarai Ahli Jawatankuasa Pusat PSSGM 2012 - 2014

Yang diPertua PSSGM-
Datuk Adiwijaya Abdullah

Timbalan Yang diPertua 1-
Cikgu Mohd Faid Musa

Timbalan Yang diPertua 2-
Datin Feridah Abu Johan

Naib Yang diPertua 1-
Cikgu Sazali Dato Meor Rahman

Naib Yang diPertua 2
Cikgu Anuar Abd Hamid

Naib Yang diPertua 3-
Cikgu Rasul


BARISAN AJK 2012 - 2014
Ckgu Rahim Masrom
(Pahang)
Cikgu Shahsuzanni Abu Bakar
(Perlis)
Cikgu Tengku Aminudin
(N.9)
Cikgu Raja Zulkifli Raja Abu Bakar
(Penang)
Ckgu Mat Isa Mustafa
(Kedah)
Cikgu Razani Hassan
(Kelantan)
Cikgu Abd Aziz Hj Othman PJK
(Selangor)
Cikgu Mohd Nor Abdul Samad
(Johor)
Mas Shariffah Mismat
(Perak).
Cikgu Haji Sani Morni
(KL)

Ahli Jawatan Kuasa Negeri Kedah Darul Aman.

SENARAI JAWATANKUASA TERTINGGI PSSGM NEGERI KEDAH 2010/2011

YANG DIPERTUA
DATO ADIWIJAYA BIN HJ ABDULLAH

TIMBALAN YANG DIPERTUA
EN. MD ISA BIN MUSTAFFA

NAIB YANG DIPERTUA I
EN. MOHD IZUAN BIN AZMI

NAIB YANG DIPERTUA II
EN. KASSIM BIN AWANG

SETIAUSAHA
EN. AZMAN BIN AHMAD

BENDAHARI
EN HAJAZI BIN HANAPI

Alamat Ibu Pejabat PSSGM Pusat :

Lot 119 Tingkat 2,
Putri Park Plaza,
Taman Putri, Jalan 28,
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan.

Telefon Pejabat : 03 - 4295 8767
No Fax : 03 - 4295 5800

Di sebalik Lambang Gayong

Lambang atau logo Silat Gayong diilhamkan oleh Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman dan telah dilukis oleh Pendita Za'ba di Singapura. Lambang yang menjadi lencana atau terpapar pada dokumen rasmi dan sijil Silat Gayong mempunyai makna dan pengertian tertentu.

BULAN DAN BINTANG
Melambangkan agama Islam dan syiarnya berada di puncak dunia. Silat Gayong meletakkan agama di tempat yang paling tinggi sebagai penyuluh hidup. Ia juga melambangkan agama Islam menjadi teras perguruan persilatan ini.

BUMI
Menunjukkan bahawa Silat Seni gayong akan berkembang ke seluruh dunia khasnya untuk semua muslim.

BEJANA AIR
Simbolik kepada universaliti ilmu Silat Seni Gayong. Apa yang didapati atau dilihat pada senibela diri lain samada tempatan atau luar negeri telah wujud dalam Silat Seni Gayong. Silat Seni Gayong ialah ilmu persilatan asli yang tidak diciplak dan boleh ditimba sentiasa umpama air yang tidak akan putus. Ia juga melambangkan kesatuan hati dan bulat kata kerana sepakat. Bak kata pepatah Melayu, “ Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana sepakat ”. Murid Gayong mestilah berpadu untuk menegakkan yang hak.

HARIMAU
Melambangkan keberanian dan kepahlawanan di darat. Ia menonjolkan identiti atau corak pelajaran Silat Seni Gayong yang diasas dari sifat dan ketangkasan seekor harimau. Resam harimau menyembunyikan kukunya, di kala tertentu sahaja ia akan menzahirkan kekuatan dan ketajaman cengkaman kukunya yang boleh mematah dan membunuh mangsanya dalam beberapa saat sahaja.

NAGA
Menunjukkan bahawa Silat Seni Gayong bukan sahaja boleh diguna di darat, bahkan juga di dalam air. Logo naga ini dipercayai telah dihadiahkan oleh Maharaja China kepada Allahyarham Dato’ Laksamana Hang Tuah atas keberanian dan kehandalannya semasa melawat negeri China dahulu. Naga juga merupakan simbol yang berkaitan dengan proses kelahiran Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman sendiri. Kedudukan naga yang melingkungi dunia di mana kepalanya hampir bercantum dengan ekor melambangkan ilmu Silat Seni Gayong akan terkenal ke seluruh dunia.

KERIS BERSILANG
Simbolik kepada semangat Laksamana terbilang melayu, Hang Tuah dan Hang Jebat. Hang Jebat mati sewaktu menjadi Laksamana. Jawatan Laksamana tidak diambil semula oleh Hang Tuah selepas kematian Hang Jebat. Keris dalam lambang tersebut adalah keris Tamingsari yang pernah digunakan oleh kedua-dua laksamana tersebut. Keris yang merupakan salah satu pelajaran yang diajar kepada murid Gayong adalah satu lambang senjata asli bangsa Melayu. Ini membuktikan Silat Seni Gayong adalah silat melayu seni warisan bangsa yang asli dan tulen.

PEDANG BERMATA DUA
Melambangkan pedang Zulfakar kepunyaan Saidina Ali r.a. yang terukir kalimah suci dari Al – Quran bermaksud "Kemenangan daripada Allah dan kejayaan yang hampir" di sepanjang mata pedang tersebut. Ia bertujuan mengenang kembali perjuangan para sahabat menegakkan Islam di zaman Jahilliyah.

HITAM CULA VII
Melambangkan Bengkung Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti Gangga Negara, bengkong peribadi Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman bin Tengku Daeng Uda Mohd Hashim, Mahaguru Silat Seni Gayong. Di sebalik lambang tersebut, ia bermaksud Silat Seni Gayong bersendikan adat, adatlah yang mengawasi perjalanan Silat Seni Gayong. Tanpa adat, Silat Seni Gayong akan hilang kedaulatan. Oleh itu, menjadi kewajipan semua murid Gayong untuk mempertahankan adat agar hala tuju dan matlamat Silat Seni Gayong tidak diselewenegkan.



Bendera Rasmi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.

Bendera Rasmi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.
Empat Warna Melambang Kesempurnaan. Anak- Anak Gayong Membawa Panji Kesaktrian. Panji Di Kibar Melambang Kegagahan. Pantang Menyerah Walau Nyawa Terkorban.

Erti di Sebalik Warna Rasmi Gayong

PUTIH
(Suci/Bersih)

Disebalik pakaian serba hitam berserta darjat dan pangkat yang diterima ,ia sebenarnya hanyalah kulit untuk memperbezakan kedudokkan tetapi hakikat yang sebenarnya adalah jiwa(yang tersembunyi) yang suci dan bersih memperjuangkan semata2 kerana amanah dan tanggung-jawab yang harus dipikul.

Bukan untuk kemegahan dan kebanggaan yang perlu ditayang-tayang maka timbul penyakit sombong, bongkak dan angkuh.Maka banyak yang tewas dipertengahan jalan kerana sikap yang burok dan jelek ini.

'Hitam adalah bayang-bayang yang didedahkan dan terhijab kapada yang suci dan bersih……… dan putih adalah satu perbendaharaan yang berselindung disebalik bayang-bayang. Jadi,pendedahan tidak semestinya satu kejayaan dan kemenangan. Dan yang tersembunyi bukan bererti ia dalam kegelapan.Demi kebenaran dan ketulinan sesuatu Ilmu,ia harus diperjuangkan melalui pengabdian dan pengorbanan,bukan untuk meraih kemenangan dan kejayaan peribadi……..sebab ia terlalu luas untuk dicapai dalam masa yang singkat.'


HIJAU
(Agama)

SYARAT2 UNTUK MENJADI AHLI GAYONG:-

Tiada pantang larang dalam Ilmu SSG.
Hukum Agama sebagai panduan.
Lakukan apa yang diperintah, dan tinggalkan perkara2 yang ditegah.

IKRAR AHLI GAYONG:-

Bahwa sanya aku (nama pesilat)Mengaku taat setia menjadi murid Silat Seni Gayong dan menjadi ahli Gayong. Aku mengaku taat setia kapada Allah dan Baginda Rasul Allah s.a.w. Aku mengaku taat setia kapada Mahaguru Silat Seni Gayong dan juga wakil-wakilnya.

Aku mengaku taat setia kapada Ibu dan Ayah ku sendiri dan juga ahli sekeluarga dengan ku.

Bahwasanya aku mengaku taat setia kapada yang berhurmat President dan juga Kerajaan Negri.

Ya Allah,tunjukan aku kejalan yg benar,jauhi diriku dari jalan yg salah.
Ya Allah,murahkan rezekiku,jauhi diriku dari mala-petaka jin dan iblis dan juga ma'nusia yg niat khianat keatas diriku dan negaraku.

Inilah ikrar taat setia kapada negaraku.
Amin,Amin,Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Lafaz menerima ijazah : 'Aku terima ijazah daripada Mahaguru dengan berkat sufaat Baginda Rasul Allah s.a.w.'

'Jangan sekali-kali derhaka kapada kedua IbuBapa dan Guru…. ……..Ibarat berdosa kapada Allah dan derhaka kapada Muhammad'

MERAH
(Darah Pahlawan/Berani)

Berani kerana benar dan perjuangkan kerana kebenaran.
Jauhi sikap-sikap sombong dan bongkak,angkuh,riak dan takabur serta darah yang bergelombang dengan hawa-nafsu rakus dan sarakah kerana kedudukan dan pangkat. Wabak yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan wabak yang tidak ada ubatnya melainkan kesedaran diri sendiri.

Inilah penyakit yang tidak bolih dirasai yang berselindung disebalik jasad yang hanya memandang pada keindahan sahaja. Engkar dengan pegangan sabagai pejuang dan takut pada pengurbanan. Apabila sudah menerima kedudukan dan pangkat,akan menjadi TUAN dan menolak fahaman yang berunsur pengabdian.

"YANG BENAR ITU INDAH……….NAMUN YANG INDAH TIDAK SEMUA-NYA BENAR!".

KEKUATAN tidak akan dapat mengatasi KEBENARAN sebab kedua-duanya hak Allah dan penentuan Allah.

Sebaik-baik senjata adalah senjata yang dapat melenturkan dan menewaskan musoh tanpa pergaduhan dan peperangan iaitu kata-kata hikmah-bijak berkata-kata dengan perlaksanaan yang seimbang maka terbentuklah insan 'bijak laksana' dengan akhlak kerendahan-diri yang mulia.

"Kata-kata yang berhikmah lebih hebat dari keris yang berbisa"

KUNING
(Berdaulat)

Sejarah sudah menentukan!.
Perjuangan bermula dari anak2 Raja Bugis yang bernama Daeng Marewah Ibni Daeng Relaga Tandriburang (Kelana Jaya Putera),Yang DiPertuan Muda I- Memerintah Riau,Lingga,Johor dan Pahang pada tahun 1722 hingga 1728. Daeng Celak Ibni Daeng Relaga Tandriburang, Yang DiPertuan Muda II-Memerintah Riau,Lingga,Johor dan Pahang pada tahun 1728 hingga 1745.

Memperjuangkan dan menyebar Agama Islam di-kepulauan Riau dan menentang pencerobohan.Maka dari itu perlaksanaan Adat-Istiadat yang sudah sedia-ada bermula berkurun2 lamanya. Cukup dengan Tata-Susila dan Tata-Keramanya yang amat tinggi.

'Adat menentukan budi-pekerti yang luhur,tutur-bahasa dan budi-bicara yang penuh kesopanan, berserta pelaksanaan yang cukup tertib…………………… …………………….Persilatan tanpa Adat-Istiadat umpama pohon yang tiada berakar'

HITAM
(Bayang-Bayang/Rahsia)

Apa ertinya Adat-Istiadat Perlimau Tapak dan mengapa harus melalui upacara ini untuk menjadi ahli Silat Seni Gayong? .

Amanah Al-Marhum Dato' Meor Abdul Rahman:-

"Barangsiapa yang tidak menjalani Adat-Istiadat Perlimau Tapak Silat Seni Gayong, ia tidak bolih di-iktirafkan sebagai murid Gayong dan sama-sekali tidak sah mengaku dirinya ahli Gayong"

'Setiap bayang-bayang bergerak mengikut ampunya bayang-bayang, tidak akan dapat mengenal sesuatu rahsia jika tidak kenal ampunya rahsia'

Lagu Rasmi Gayong

Lagu Rasmi Gayong

Wednesday, February 23, 2011

Gerak Kerja....Syukur Kepada Allah S.W.T Kerana Dengan Izinnya Dapat Jua Satu Perjumpa Di Adakan.....Amin

Pertama kalinya saya ingin memanjat kesykuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izinya dapat lagi kita bertemu didalam ruangan blog PSSGM Kuala Muda. Syukur Alhamdulillah ingin saya ucapkan kepada Allah yang Maha Besar kerana apa yang dirancangkan berjalan dengan lancar dan diredoainya. Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia terus bergerak dan melangkah untuk memajukan dan mengembangkan ahlinya. Jabatan Kerja Raya atau singkatannya dipanggil JKR telah dipilih sebagai salah satu tempat untuk mengembangkan Seni Gayong. Lantas satu gerak kerja telah diatur untuk menjayakan hasrat ini. Pada tarikh 16. Febuari. 2011 bersamaan hari Rabu satu perjumpaan dengan orang tertinggi Jabatan Kerja Raya Malaysia iaitu Dato' Ir. Haji Mohd Noor Bin Yaacob selaku Timbalan Pengarah II Sektor Pengurusan Koporat telah berlansung dipejabatnya di Jalan Sultan Salahuddin. Yg. Berbahagia Dato' Adiwijaya Bin Haji Abdullah selaku Presiden PSSGM Pusat berbesar hati hadir bersama dengan Encik Suleh Bin. Udin iaitu Setiausaha Agong PSSGM Pusat untuk membuat perbincangan dengan pihak JKR. Pihak Jabatan Kerja Raya yang diwakili oleh Encik Hashim Bin Haji Mahmud ( Setiausaha MBJ Kementerian Kerja Raya ) dan Encik Hairum Bin Mahpudz ( Setiausaha MBJ Jabatan Kerja Raya Malaysia) dan Mohd Fadzril Bin Abdullah selaku wakil pekerja JKR. Perbincangan pertama diantara pihak PSSGM dan JKR Malaysia nampaknya membuahkan hasil. Hasil daripada perbincangan itu, Yg.Berbahagia Dato' Ir. Haji Mohd Noor bersetuju dan berbesar hati apabila sebuah pertubuhan silat berminat untuk dikembangkan di Jabatan Kerja Raya. Yg.Berbahagia Dato' Ir berjanji akan membawa perkara ini keperingkat seterusnya dan akan membuat perbicangan dengan pengarah - pengarah cawangan. Kami dari PSSGM amat berbesar hati kerana hasrat ini mendapat perhatian dari pihak JKR berhubung dengan penubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Di JKR. Ini merupakan satu permulaan yang baik bagi PSSGM. Syukur kepada Allah. Selepas daripada perbincangan yang pertama berlansung, masih banyak lagi kerja - kerja yang perlu dilakukan dan dilaksanakan. Ramai - ramailah kita berdoakan agar hasrat untuk menubuhkan Silat Seni Gayong di seluruh JKR seMalaysia menjadi kenyataan. Bersamaan dengan slogan PSSGM pada tahun ini. Ingin menambah ahli dengan seramai yang mungkin. Ingin memantapkan pertubuhan dari semua sektor. Bersama - samalah kita mendokong hasrat Dato' Guru Adiwijaya selaku Presiden Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Dengan jalinan sesama anak - anak gayong dapatlah kita menjayakan apa yang dirancangakan. Insyallah.

'Peningkatan Perpaduan Didahulukan, Peningkatan Pembangunan Diutamakan'

Friday, February 11, 2011

Cikgu Mat & Gelanggang Di Kampung Pulau Tengah.

Cikgu Mat & Gelanggangnya.

Dengan Bismillah Mula berbicara. Dengan berkat dan syaafaat Nabi Muhammad S.A.W kita sebagai umatnya. Bersyukur kepada Allah kerana masih memberi segala - galanya kepada kita yang serupa sebagai hari semalam. Bermulah perjalanan dengan secara rasminya si anak muda apabila selesai dimandikan tapak dan seni oleh Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman Bin Daeng Uda Mohd Hashim serta rakan - rakan seperjuangan satu ketika dahulu. Beliau adalah Cikgu Mat atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Pomen dikalangan masyarakat sekeliling kerana mahir dalam memperbaiki kenderaan. Secara ringkasnya Cikgu Mat adalah anak didik kepada Allahyarham Guru Murad atau lebih sinonim dipanggil Cikgu Awang. Dengan Cikgu Awangl ah Cikgu Mat diasuh, dididik dengan ilmu kependekaraan. Siang dan malam mengabadikan diri mendalami ilmu Seni Gayong. Diantara teman seperlatihnya adalah Cikgu Jay - Jay iaitu anak kepada Allahyarham Cikgu Awang, Cikgu Halim, Cikgu Fauzi, Cikgu Fairos dan Cikgu Chop. Pada mulanya Cikgu Awang tidak lagi mahu mengajar Silat Seni Gayong kerana kebanyakan anak - anak muda yang memasuki dalam persilatan hanya akan mempelajari separuh jalan. Ini amat mengecewakan Cikgu Awang. Walaupun pada dasarnya Cikgu Mat tidak dapat diterima oleh Cikgu Awang, tetapi semangat untuk memperlajari dan mendalami ilmu gayong terus membara dalam diri. Tanpa berputus asa Cikgu Mat memujuk dan akhirnya Cikgu Awang bersetuju mengajar kepadanya serta rakan - rakan yang lain. Dari saat dan ketika itu lah Cikgu Mat tidak lagi menoleh kebelakang, langkah kaki tidak pernah berhenti sehinggalah ke hari ini. Masa akan terus bergerak, ilmu yang dipelajari semakin didalam maka sudah tiba saat dan ketikanya Cikgu Mat pula akan berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Gelanggang Kampung Pulau Tengah adalah gelanggang dibawah selian Cikgu Mat sendiri. Maka ramai lah anak - anak muda yang datang untuk mempelajari Silat Seni Gayong. Diantara anak muridnya yang masih berjuang dalam mempelajari Seni Gayong adaalah saudara Azizi. Sykur alhamdulillah kerana Allah S.W.T masih memberikan tenaga dan semangat yang utuh untuk Cikgu Mat meneruskan perjuang yang telah diamanahkan oleh ADMAR. Perjuangan beliau yang ikhlas dan jujur dalam menyampaikan amanah yang ditinggalkan telah membawa beliau diberi amanah untuk menyandang jawatan Ahli Jawatan Kuasa PSSGM Negeri Kedah Darul Aman. Cikgu Mat juga turut serta pada Kursus Gurulatih Peringkat Negeri Kedah pada tempoh hari. Walaupun usia telah meningkat semangat untuk belajar dan mendalami ilmu terus menabahkan hati beliau. Kami dari PSSGM Daerah Kuala Muda amat berbangga dengan dengan semangat dan kecekalan hati Cikgu Mat dalam memperjuangakan Silat Seni Gayong.




Gambar diatas merupakan barisan anak - anak gayong yang telah dilatih oleh Cikgu Mat. Ini merupakan bakti Cikgu Mat kepada masyarakat Kampung Pulau Tengah. Syukur kepada Allah kerana ramai anak muda yang berminat untuk mempelajari Silat Seni Gayong. Haruslah anak - anak muda kita mempelajari tinggalan warisan bangsa kita ini. Ia juga merupakan salah satu dari pada sunnah Rusullah S.A.W. Akhir kata dari kami PSSGM Daerah Kuala Muda, kami amat berbangga kepada Cikgu Mat kerana semangat beliua dalam mendidik anak bangsa tetap utuh dihati. Syabas kepada beliau. Dengan itu dengarlah serangkap pantun dari kami :

Cikgu Mat Si Pendekar Yang Gagah,
Semangat Utuh Mendidik Bangsa,
Mengagong Agama Menjadi Wadah,
Benteng Negara, Benteng Perkasa,


Monday, February 7, 2011

Kursus Gurulatih PSSGM Negeri Kedah (3/2/11 - 5/2/11)

Kursus Gurulatih PSSGM Negeri Kedah Di Jalan Lepai Bukit Pinang Kepala Batas

Kursus Gurulatih Peringkat Negeri Kedah Darul Aman yang julung-julung kalinya diadakan selepas sekian lama tidak diadakan. Ini mungkin menjadi satu platfrom baru untuk PSSGM Negeri Kedah untuk terus mengorak langkah maju kehadapan. Kursus telah diadakan di Jalan Lepai Bukit Pinang Kepala Batas Kedah dirumah Mak Teh iaitu kakak kepada Dato' Guru Adiwijaya. Terima kasih tidak terhingga kepada YDP Dato' Guru Adiwijaya Bin Haji Abdullah selaku Pengerusi PSSGM Negeri Kedah kerana beliau lah yang mencetuskan idea ini. Penglibatan seramai 55 orang anak-anak gayong yang mewakili seluruh daerah di Negeri Kedah. Dato' Guru Adiwijaya telah memberi amanat dan amanah kepada semua peserta kursus yang hadir pada hari tersebut. Diantara amanat dan amanah yang disampaikan adalah :

1 ). Menjaga amanah yang telah ditinggalkan oleh Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman
Mahaguru Silat Seni Gayong.

2 ). Menjadi seorang Gurulatih yang beretika, amanah, jujur, berdisplin dan ikhlas dalam memperjuangankan Gayong.

3 ). Menjadi seorang Gurulatih yang berdidikasi dalam membentuk anak bangsa. Menjadikan
Silat Seni Gayong sebagai wadah untuk terus memertabatkan seni budaya bangsa melayu.

4 ).Menjadi simbol perpaduan kepada bangsa melayu dan lain-lain lagi.

Cikgu Adi sendiri menjadi Gurulatih yang mengajar pada kursus ini. Terlalu banyak ilmu dan pengalaman beliau telah dicurahkan kepada anak-anak gayong. Ini akan menjadi pemangkin dan semangat kepada semua untuk terus memperjuangkan Seni Gayong.

'Kata Guru Adiwijaya Gayong hanyalah satu tiada 2 ataupun 3'.


Dato' Guru Adiwijaya bersama Cikgu Farah bergambar kenangan selepas daripada sesi latihan. Cikgu Farah merupakan anak gayong yang masih aktif di Kedah walaupun tinggal di bandar metropolitan Kuala Lumpur. Beliau acap kali turun ke negeri Kedah untuk mengikuti kursus yang diadakan.


Cikgu Adi sedang memantau pergerakan yang dilakukan oleh anak-anak gayong. Asas gerakan dan asas elakan ditekan oleh Cikgu Adi. Kata beliau,

' Jika ingin melahirkan anak gayong yang bermutu tinggi, Gurunya harus menjadi yang terbaik'.


Permainan pentas hidup sedang dimainkan oleh Cikgu Fairos Otham dan Cikgu Fadzril Abdullah. Kursus ini menekan para-para kursus untuk memantapkan lagi pelajaran yang telah dipelajari. Didalam masa yang sama silibis akan diselaraskan.



Serangan Maut atau Seni Kombat. Melatih para kursus supaya lebih cekap dan tangkas dalam melakukan tangkapan.


Kuncian sedang dilakukan oleh Cikgu Fairos. Gayong terkenal dengan kelasakan, kepantasan, kelicikan didalam kuncian. Cikgu Fairos merupakan anak gayong yang lama berbakti didalam pertubuhan. Bermula dari tahun 1986 sehingga sekarang masih meneruskan dengan tanpa rasa letih dan penat dalam berjuang.


Dari sebelah kanan Wan ( menantu Abah Kassim ) dan Redza menjadi pasangan pada hari kursus tersebut. Walaupun tinggalnya di Shah Alam Selangor, dengan semangat bergobar-gobar pulang ia ke ganggang.


Diantara peserta wanita yang turut mengikuti kursus pada kali ini. Kelihatan Cikgu Farah sedang dikunci. Syabas kepada mereka kerana sanggup mewakili kaum hawa untuk meneruskan perjuangan ADMAR.


Dua pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia turut mengikuti kursus kali ini. Bulat sedang mengunci Azizi.


Ini caranya untuk menguasai Seni Kombat.


Geng Guni Gayong sempat bergambar dengan saudara Redza, Cikgu Farah. Sempat lagi bergambar ketika masa rehat yang diberikan.


Anak didik Dato' Guru Adiwijaya dan sekarang menyandang jawatan sebagai Setiausaha Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Negeri Kedah iaitu Cikgu Azaman. Menyiapkan diri sebelum turun kegelanggang.


Suasana menjadi riuh rendah selepas selesai sesi pendaftaran. Kelihatan Cikgu Wan Bomba, Cikgu Chot dari Kuala Nerang, Cikgu Fairos dari Sungai Petani dan Cikgu Mat Isa dari Alor Setar. Suasana ini amat dirindukan kerana ia telah menjadikan anak-anak gayong erat sesama mereka.


Diantara tulang belakang PSSGM Negeri Kedah. Beliau mula mengajar Gayong di Kedah pada tahun 70an. Cikgu Mat Isa selaku salah seorang tenaga pengajar pada kursus pada kali ini. Panglima Hitam adalah gelarannya dan Timbalan Pengerusi PSSGM Negeri Kedah adalah jawatannya.

Cikgu Farah dan Cikgu Fadzril bergambar kenangan didepan pintu rumah Kakak kepada Cikgu Adiwijaya. Gurulatih Kanan Negeri Kedah iaitu Cikgu Yet.



Satu Gayong itu yang sedang dilaungankan oleh anak-anak gayong serta YDP Gayong. Bersatu akan menjadikan kita lebih kukuh dan maju.


Diantara tetamu terhormat yang hadir pada kursus ini. Anak kepada pengsas Seni Gayong iaitu Guru Sazali Bin Dato' Meor Abdul Rahman. Turut hadir Ustad Kholid serta 2 orang Cikgu dari Taiping Perak. Guru Sazali telah memberi sedikit ucapan ringkas kepada para-para kursus. Ucapan beliau yang penuh semangat dan bermakna akan menjadi api yang membakar semangat anak-anak gayong.


Walau badan sakit-sakit tetapi semangat untuk terus mendalami ilmu gayong mencekal hati.


Abah atau Guru Kassim Bin Awang selaku Pengerusi PSSGM Kuala Muda bergambar kenangan dengan Cikgu Farah.


Menghambur anak harimau. Cikgu Adiwijaya berhasrat untuk dipamerkan lompatan pada Himpunan Gayong Negeri Kedah yang akan diadakan pada bulan April ini.



Bersemangat Dato' Adiwijaya Bin Haji Abdullah membuat bara untuk membakar ayam pada malam kursus tersebut. Idea ini telah diterjemahkan oleh Cikgu Farah kerana berbesar hari untuk memberi sumbangan ayam dan ikan untuk dibakar pada malam tersebut. Idea ini dicetuskan oleh oleh Cikgu Adi.


Masa rehat yang diambil untuk mengulang kaji pelajaran Seni Keris.


Para peserta dari Daerah Kuala Muda sedang menjamu selera. Makanan yang disediakan oleh pihak pengursan amatlah berpuas hati.



Nama jolokan yang diberikan oleh Cikgu Adiwijaya kepada Azizi, Fadzril, Fairos dan Bulat. Azizi dengan panggilan manjanya Guni Jaloq, Bulat pula dengan gelaran Guni Gula, Fairos pula si Guni Baja dan Fadzril Si Guni JKR. Ini merupakan saat paling manis yang pernah kami dapat kerana dapat merasakan sendiri tangan Cikgu Adiwijaya.



" Next Body Builder "

Mungkin ini yang dicari, mungkin ini yang digali oleh semua anak-anak gayong yang cintakan warisan bangsa melayu ini. Walapun tidur hanya dikhemah kerana penempatan tidak mencukupi. Ini bukan alasan untuk belajar dan mendalami ilmu gayong. Bagi kami dari PSSGM Daerah Kuala Muda, berkhemah akan menjadikan kita lebih berdidikasi dan wajadiri kerna mengajar kita lebih berdisplin dengan keadaan sekeliling. Terima kasih kepada Mak Teh iaitu kakak kepada YDP Gayong Kedah kerana sanggup menjadikan rumahnya sebagai tempat kami menimba ilmu. Keadaan rumah yang sungguh selasa dan makanan yang sungguh sedap amatlah kami hargai. Makanan disediakan sebanyak 5 kali sehari.

Selepas berjayanya program ini, YDP PSSGM Negeri Kedah / Kebangsaan Dato' Guru Adiwijaya Bin HAji Abdullah akan membuat kursus lanjut pada 23 hingga 26.Mac.201 bertempat yang sama dan mengabungkan 3 negeri iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pianang. Seramai 100 orang pesertakan menjalankan kursus kali ke-2 ini. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi PSSGM negeri masing-masing. Kami berharapkan agar program ini akan menjadi kenyataan. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini. Tanpa anda siapalah kami. Akhir kata dari kami, dengarlah serangkap pantu dari kami.

Menadah Tangan Memohon Restu Dari Illahi,
Mengharap Program Kali Ke-2 Direstui,
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui,
Hasrat Anak - Anak G0yong Ini.

seGAYONG, seKENDI, seJALAN,sePERIGI................Gayong akan terus melangkah......

Allahyarham Guru Tua Shuib bersama barisan pendekar GAYONG.

Allahyarham Guru Tua Shuib bersama barisan pendekar GAYONG.
Gambar kenangan ini diambil bersempena ujian kenaikan bengkong "AWAN PUTIH" dan "PELANGI HIJAU". Dari kiri Cikgu Mat, Allahyarham Guru Shuib, Guru Mail, Cikgu Fauzi dan Cikgu Fairos.

Allahyarham Guru Tua Shuib Bekas Pengerusi Beradat Kedah Darul Aman.

Allahyarham Guru Tua Shuib Bekas Pengerusi Beradat Kedah Darul Aman.
Perginya sebuah permata yang amat bernilai untuk kami iaitu Guru Tua Shuib B. Husin.Pengorbanan beliau dalam mengembangkan Seni Gayong terutama sekali di Daerah Kuala Muda tidak dapat disangkal lagi. Kebanyakan anak-anak gayong di Daerah Kuala Muda adalah dibawah asuhannya satu ketika dahulu. Seluruh hidupnya telah diabadikan dalam mengembangkan Seni Gayong. Kini Guru Tua Shuib B. Husin hanya tinggal nama. Allah terlebih dahulu memanggilnya untuk menghadap yang Maha Esa. Jasa dan pengorbanan beliau tetap kami akan kenangan dan akan meneruskan perjuangan yang telah ditinggalkan.