
Pembarisan pada majlis penutup Khatam Seni Keris Peringkat Kebangsaan. Majlis telah diketuai oleh Guru Kamaruddin.

Episod yang mengdebarkan kepada semua anak-anak gayong. Cikgu Intan mengetuai majlis pengkhataman pada hari itu. Gambar ini telah dirakamkan oleh surat khabar Berita Harian.

Semua anak-anak gayong sedang menunggu giliran untuk ditepung tawar.

Kelihatan Cikgu Fairos Otham, Cikgu Azizi atau Besi dan Cikgu Fadzril sedang mengopek pinang dengan menggunakan gigi. Ini adalah satu syarat pengkhatam seni keris yang harus dilalui. Wartawan Malaysia Hari Ini (MHI) dari TV3 sedang merakamkan gelagat anak-anak gayong.

Simboliknya pengkhatam seni keris.

Anak-anak gayong diwajibkan menjunjung daud kelapa semasa membuat pusingan didalam laut. Ini juga merupakan adat dan istiadat yang harus dilalui oleh setiap anak-anak gayong yang mengkhatamkan keris.

Cikgu Fakrol sedang beraksi dengan kerisnya.

Gambar kenanga diambil selepas upacara didalam laut.


Dua beradik sedang menunjukan aksi bermain keris. Dari kiri Cikgu Fairos dan yang kiri adalah Cikgu Fauzi.

Murid bertempur dengan gurunya. Azizi dan Cikgu Fauzi.

Banner yang memaparkan Pengkhatam Seni Keris Peringkat Kebangsaan. Teluk Kemang Negeri Sembilan telah dipilih sebagai lokasi untuk pengkhataman.

Cikgu Fadzril bergambar kenangan di Pantai Teluk Kemang Negeri Sembilan.

Pendekar dan Sri Kandi Gayong santai ketika gambar diambil.

Menunggu giliran uttuk ditepung tawar. Gambar ini diambil dari blog Cikgu Jazwan.
http://www.jazwankahar.blogspot.com/

Cikgu Intan mengepalai barisan anak-anak gayong yang mengharungi lautan yang bergelora. Gambar ini diambil dari blog Cikgu Jazwan. http://www.jazwankahar.blogspot.com/

Pelepah kelapa direjam kelaut sebagai satu adat pengkhatam seni keris. Gambar ini diambil dari blog Cikgu Jazwan Kahar.www.jazwankahar.blogspot.com

Guru Sazali B. Dato' Meor Abdul Rahman dan Guru Kahar B. Hj. Redza selaku Pewaris Amanah sedang menadah tangan memohon restu dari Allah S.W.T untuk memberkati majlis pengkhatam seni keris.

Perjuang-perjuang gayong membarisi barisan hadapan. Gambar ini diambil dari blog Cikgu Jazwan Kahar. www.jazwankahar.blogspot.com

Siap sedia untuk mengharungi lautan. Gambar ini diambil dari blog Cikgu Jazwan Kahar. www.jazwankahar.blogspot.com

Gambar ini diambil dari blog Cikgu Jazwan Kahar. www.jazwankahar.blogspot.com
Pada tanggal 18,19 dan 20hb 6 2010 PSSGM telah mengukir satu sejarah dan lembaran baru apabila Majlis Pengkhataman Seni Keris Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Port Dickson Negeri Sembilan. Ini adalah julung-julung kali dibuat oleh PSSGM pusat melibatkan semua negeri. Syukur Alhamdulliah kerana majlis berjalan dengan lancarnya.Kami amat berterima kasih kepada semua yang terlibat.